E.T & Ikram

Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Puan Maziati dan En Ikram kerana sudah selesai melangsungkan perkhawinan mereka dengan sempurna. Majlis perkhawinan dan akad nikah mereka diadakan di Jengka 5 pada 25 Mei yang lalu. Mintak maaf lah Puan E.T dan Ikram, tak pergi. Hajat dihati memang nak tengok sangat macam mana En ikram kita ni akad nikah.. sekali ke dua kali? wakaka

Diambil dari http://picasaweb.google.com/et.bak82

Namun begitu, tak sempat menjejakkan kaki di Jengka, Alhamdullilah Asid berkesempatan juga datang ke majlis kahwin di rumah Ikram semalam 31 Mei. 🙂 Tema majlis nya.. Hijau.. Kedamaian… Pengantin berpakaian serba serbi hijau. Pengantin pompuan berpakaian kembaya… rompong2.. labuh ke jalan… cantik. Terpegun Asid melihat Cik ET ni.. opps sori dah jadi Puan ET. Pengantin lelaki seperti biasa, berbaju melayu bersamping dan berkeris ala2 Panglima di masa lalu.

Diambil dari http://picasaweb.google.com/et.bak82

Apapun terima kasih di atas hidangan nasi minyak dan ayam masak merah tuh. Sedap memang sedap. 🙁 Tapi apakan daya Tuan Haji.. tu je yang tinggal.huhuhu Mana taknya diorang2 ni amik banyak giler makanan pastuh tak habis.. tinggal sisa2 atas meja. uish uish teruk bebenor.

Terima kasih jugak kepada budak2 pemberi coklate.. dapat tiga bungkus tuh.. untuk baby Ash pun ada. Ni lah majlis pertama yang Baby Ash dapat gula2. Sebelum ni Mama dan Papa dia je. 🙂

Terkilan juga, ingat pergi lambat2 dalam pukul dua ni bolehlah jumpa kengkawan.. Wawa ke, Nadira ke, Nadia ke, As ke.. huhuhu tak de rezeki ler nak jumpa. Wawa and family dia pun tak sempat jumpa. Time Asid datang, time tulah dia balik. huhuhu tak pelah lain kali kita jumpa. Yang ada hanya bebudak lelaki. Fahmi dan wife, pengapit kita Naz, Peysal, Cobain dan lain2. hehehe sori lah kalau tak tulis. Nak borak2 ngan korang pun cam dah rasa segan. Yelah aku sorang je pompuan.. hhhuhuhu sedih 🙁

Apapun Selamat Pengantin Baru dan Semoga berbahagia selalu. Amacam hadiah tuh?? ok ka? hehehe

One thought on “E.T & Ikram”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *