Arisha 1 Tahun
June 14, 2010Eskperimen Babang Hari Kedua
June 18, 2010Eksperimen Abang Ash
Abang Ash sekarang dah 3 tahun lebih. Tiba masanya Abang Ash di ajar agar tidak memakai pampers lagi. Mungkin ramai di antara ibu-ibu berpendapat aku agak lambat mengajar Abang Ash tidak memakai pampers. Bagi aku pula, hehe suka suki akulah kan.. wakaka.
Dulu masa balik kampung, Maksu ada tanya, “Ashraf pakai pampers lagi ker? Pak’an (Farhan; anaknya yang se usia Abang Ash; cuma 2 bulan awal) dah lama tak pakai pampers. Dia sendiri tak nak pakai. dah pandai cakap nak kencing.”
Aku jawab, “Ah a dia pakai lagi. Tak apalah selagi pampers tuh muat. Lagipun x pernah nak ajar dia kencing di bilik air”.. kuang3x..
“ooo, tak apalah Dia (Abang Ash) masih menyusu botol. Mesti banyak kencing malam. Susah jugak kalu tak pakai pampers time tidur. Pak’an dah lama tak minum susu.”
Itulah nak pilih, tak pakai pampers.. tak minum botol susu atau pakai pampers.. minum botol susu?? Masa itu, surelah kami memilih biarlah Abang Ash pakai pampers dan minum susu. Susu sangat bagus untuk perkembangan fizikal dan mental Abang Ash.
Cuma sekarang, Abang Ash kena belajar kencing di bilik air dan tidak memakai pampers… tapi still minum susu. Minum susu selama yang boleh. InsyaAllah.
Eskperimen Hari Pertama
hmm sangat susah. Mama pesan, “Kalau Babang nak kencing, bagitahu Mama ye? Kencing dalam bilik air ye?.
“encing”, cakap Babang masa itu. testinglah konon.
Selepas 1jam setengah selepas tidak memakai pampers, babang menjerit,
“mama..mama.. encing”. hmm dah basah kuyup seluar baru cakap. Begitu juga kali ke2, dan ke4. Kali ke 3 ni ok sikit. Siap bagi tahu Mama, “mama, babang nak encing”. Mama dengan pantas bawa babang ke bilik air. Tunggu punya tunggu.. tak kencing2x juga. Selepas itu, mama pakaikan seluar balik. 5 minit lepas itu, Babang kencing dalam seluar lagi. hmmmm
Malamnya pula kencing lagi, tapi kali ni jerit2 panggil Papa. Time tidur, Papa pakaikan pampers balik sebagai pelindungan.
Misi akan diteruskan sehingga Abang Ash berjaya. 🙂