Dia Pergi Jua

Assalamualaikum,

Hari Ahad jam 1710, My beloved Uncle Marhum Hamzah Ibne Hamid telah meninggal dunia kerana cerebrovascular accident (Kecederaan di bahagia kepala) di Wab 8B Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajioon… Al-Fatihah

Semoga Arwah dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa dan di tempatkan di kalangan mereka-mereka yang di kasihi-Nya.

————————————–

Arwah bernama Hamzah B Hamid. Dilahirkan pada 10 Julai 1965 di Perkampungan Sungai Tekam, daerah Jerantut Pahang. Beberapa minggu yang lepas, arwah sempat menyambut hari kelahirannya yang ke 43 tahun. Arwah mempunyai 3 orang anak; sulung bernama Nurul, kedua Pijun dan bongsu Huda. Isterinya iaitu Mak Cik (adik Mama Asid), Laila.

Seorang yang sangat periang, penyeri majlis walau dimana sahaja dia berada. Ketua rombongan kalau hendak kemana-mana, ketua kepala yang selalu menawarkan diri sebagai pengerak kerja. Tunggak keluarga, menjadi harapan dan kebanggaan ibu, mentua, isteri, anak-anak serta keluarga umumnya.

Kehilangannya memberi satu impak yang besar kepada kami keseluruhannya. Namun apakan daya.. setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Kita hanya mampu merancang namun Tuhan jua yang menentukannya.

—————————————–

19hb Julai 2008, jam 9 pagi Arwah di dapati tidak sedarkan diri oleh isterinya yang sebelum itu disangka sedang tidur. Kemudiannya bergegas di bawa ke Hospital Banting yang berdekatan dengan rumahnya di Bukit Canggang, Selangor (pembetulan yang sebelum ini Sijangkang). Dari Hospital Banting, Arwah di hantar ke Hospital Klang kerana berada dalam keadaan koma dan sebelah kanan badannya (tanggan kanan dan kaki kanan) tidak dapat bergerak. Arwah dimasukkan ke Wad Pesakit Luar iaitu untuk pesakit lelaki. Di beri oksigen melalui hidung, air di masukkan ke dalam badan (suhu badan panas).

18:40 kaki dan tangan kanan Arwah masih tidak dapat digerakkan dan sejuk seakan air batu. Tangan kiri pula di ikat tepi katil (takut menarik saluran air kencing ke dalam plastik). Arwah masih tidak sedarkan diri dan sesekali menarik dan menghembus nafas seakan-akan sedang nyanyak tidur dan berdengkur. Tiba- tiba arwah terjaga dan sesak nafas, cuba gerak-gerakkan kaki dan tangannya. Tidak berjaya. Melihatkan begitu, kami memanggil nurse. Nurse sebaya Asid datang menghampiri dengan selamba berkata. ” Itulah kerumum ramai-ramai sampai tak ada oksigen”. Pastuh bawa kete tolak yang ada mesin utk cek tekanan jantung.. cek okay. But still kuat  berdengkur macam susah nak bernafas.

20.00 Staf dan guard hospital datang inform semua visitor kena balik sebab dah habis waktu melawat. Tinggal mak cik dan anaknya nurul sahaja menemani arwah.

20hb Julai 2008, jam 03:00 Asid dan Abang datang melawat lagi. Sanak saudara makin lama semakin ramai menjelma. Kemudiannya sahabat handai arwah dan rakan sekerja. Diberitahu bahawa arwah mempunyai insurans AIA under company. Katanya hendak menukarkan arwah ke tempat yang lebih baik iaitu Wad No 1. 15:00 arwah di pindahkan ke katil lain iaiti ke belakang katil yang sedia ada. Di tempat yang lebih padat dengan visitor… di tepi pintu kerana di katakan kami visitor ini hanya menganggu, menyemak dan menghalang jalan jika masih di tempat yang asalnya itu. Ketika ini keadaan arwah makin lama makin teruk dan visitor makin lama makin ramai. Saudara mara yang jauhnya sudah sampai.

16:10 tiba-tiba arwah  seakan sukar bernafas. Di panggil nurse (dikatil belakang arwah), ” Misi..misi tolong tengok suami saya!”… jawab misi “kenapa?”. “Dia sesak nafas ni”. Kedengaran nurse tersebut memanggil kawanya (nurse) yang lain. Nurse lain ni datang sambil menjeling ke arah arwah. Kemudiannya melilau mencari kawannya yang lain pula sambil berkata, “mana pulak nurse kawasan sini?”. Beberapa minit kemudian nurse kawasan tersebut pun datang ke katil arwah dan berkata ” Itulah berkerumum lagi ramai2″. macam mana tak ramai, dah korang buat dek je. Tak bergegas langsung nak tengokkan. Korang buat nyawa orang ni macam nyawa ikan je. Kemudiannya si nurse yang kurang di ajar itu membawa troli yang ada mesin cek jantung tuh.

Keadaan arwah makin teruk. Nurse itu kemudiannya berjumpa dengan Dr yang berhampiran. Berborak kosong membincangkan episod Jangan Lupa Lirik malam tadi. Dan kemudiannya bergegas mencari Dr yang sepatutnya in charge area itu lah. Beberapa minute lagi, Dr tersebut datang. Kain penghadang di tarik, visitor dihalau pergi jauh….

17.00 Jiwa semakin bergelora, seperti ombak yang dilanda ribut taufan. Air mata masing mengalir bak air paip tidak dapat di hentikan lagi. Tangan mengeletar, jantung pulak berdenyut seakan-akan baru sahaja berlari pecut 100 meter. Mulut merayu memohon ehsan Ya Allah. ” Ya Allah sembuhkanlah Pak Cik kesayanganku ni Ya Allah andai masih ada ruang untuknya melihat dan beramal lagi di alam dunia-Mu ni Ya Allah. Jika tidak, Kau ambillah nyawanya Ya Allah.”

17:10 Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajioon.. Arwah pergi buat selama-lamanya.

————————————————

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

12 thoughts on “Dia Pergi Jua”

  1. Ye ke? Suami Qaseh kwn arwah. Terima kasih kerana luangkan masa dan tenaga ke Pahang tempoh hari. Diharapkan agar andai ada salah dan silap arwah terhadap kwn seratanya, dapat dimaafkan. Kalau ada sebarang makan dan minum arwah dapat di halalkan dan yang mana ada hutangnya, olehlah di tuntut kepada kami sekeluarga.

    Mak Cik Asid ada balik ke Sijangkang uruskan persekolahan dan pindahan barang-barang dia. Ada seminggu dekat sini. Menumpang sekejap di rumah Pok Su di Port Klang.

  2. mrs asida..

    somi sy citer..arwah pkcik mrs asida nie kapten bola sepak tempat keje lah..

    masa hari jumaat ( 18.07.08)..tetiba jer arwah buat pengumuman yg arwah nak tarik diri dr bola sepak nie..

    semuanye terkejut…pastu ptg tue main bola mcm biasa..masa balik tue..somi sy sempat bersalam dgn arwah..

    tau2 jer..pg besoknye,(sabtu 19.07.08).somi dpt sms.yg arwah x sedarkan diri n masuk hospital..

    terdiam somi acha masa baca sms tue..bile balik dr PAHANG tue,somi acha mcm diam jer kt umah..sedih katanye..

    apa2 pun..hidup mesti di teruskan…alfatihah kepada arwah..

  3. salam mrs asida..

    takziah acha ucapkan..

    sebenarnye arwah pakcik mrs asida nie kwn somi acha..sama2 tempat keje n sama2 main bola..

    pastu masa ktorg kawen bln 8 tahun lepas,arwah ader dtg kenduri di belah somi kat cheras..

    hari ahad 20.07.08 (mlm),somi acha n kwn2 naik bas ACE pg ke PAHANG.tp x sempat jupe jenazah arwah..

    semoga arwah di tempat org yg beriman..

  4. ermmm…. mmg sedih bila kehilangan org yg tersayang lg pedih bila kehilangan di saat dia masih diperlukan..dan semakin pedih bila memikirkan yg dia takkan kembali lagi…………….oleh itu hargailah insan disekeliling kita selagi dia masih bernyawa…………….sblm menyesal yg tiada kesudahannya……………..:)

  5. Takziah 4 asid n family…
    Yg hidup akan pergi jua,jd kita yg hidup ini teruskanlah dgn amalan untuk bekalan bertemu allah…

    Al-fatihah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *