Dia Pergi Jua 3

Bahagian 3:

Semalam lepas kerja pergi rumah Poksu di Port Klang. Saja nak jumpa mok mek (my grandmother) dan Mak Jang sekeluarga. Diorang datang semalam naik bas dari Jerantut. Datang pun sebab hendak uruskan pertukaran sekolah anak-anak Mak Jang dan mengemas barang-barang dekat rumah di Bukit Canggang untuk dibawa balik ke Jengka.

Bawa Baby Ash sekali, sebab diorang dah lama tak tengok Ash. Hari itu balik masa kebumi Arwah, tak bawa balik Ash. Tinggal dengan Wan Wan dia di Shah Alam. Last tengok Ash pun masa belum pandai merangkak lagi, sekarang dah laju berjalan. Cepat betul masa berlalu. Kalau nak dibanding dengan Pa’An anak Mok Su, Baby Ash lebih tinggi. Kalau badan tu.. Pa’An lebih berisi lah kata diorang.

Semasa Mok Su, Kak Ja dan Pok Su di dapur. Sempat jugalah Mak Jang cerita perihal yang sebenar. Subahanallah. Sebelum diorang datang ke Selangor ini sempat jugaklah diorang ke rumah Ustaz Bandar Jengka. Ustaz yang selalu tolong orang kalau ada yang bermasalah dengan bende2 ghaib ni khususnya buatan  orang. Pergi sana pun bukan sebab nak kenakan sesiapa, cuma nak buat pendinding ketika hendak balik ke Bukit Canggang nanti.

Menurut kata Ustaz tersebut, sakitnya Arwah ini adalah buatan orang. Bukannya orang jauh..hanya selang dua buah rumah je dengan rumah Mak Jang. Buatnya dengan menghantar benda berupa ular merah dan bersisik di penjuru rumah. Kalau hendak di hantar ke tuannya balik, Ustaz tak buat. Yelah biasanya dia tolong ubatkan orang bukan kenakan orang. Kalau nak balas balik, dia bagi ayat Quran, suruh baca sendri. Tak naklah Mak Jang, biarkan Allah saja yang membalasnya.

Ustaz ada buatkan air tawar dan sisik ular yang ada itu perlu dibuang ke tengah laut katanya. Mok Mek kata kalau bende2 yang dibuang ke laut tuh bende yang kuat sekali lah. Dasyat sekali. Biasa Asid dengar buang ke dalam sungai. Bubuh dalam berkas dan tanam. Ini pulak buang ke laut macam dalam cerita SAKA pulak.

Kenapa pulak orang tuh sampai sanggup kenakan orang sampai mati? Kata Kak Ja, kesnya bermula bila satu hari itu.. si orang tuh balik ke rumah dia dan tertangkap si Pijun (anak arwah) dan anaknya hendak pasang cd blue. Orang tuh marahlah katanya si Pijun ni yang ajar anaknya tengok cd blue. Padahal anak dia yang buat sendiri dan ajak si Pijun ni. Dia kata dia pandai ajar dan jaga anak dia. Dia tahu anak dia. Semenjak itu orang tuh tak bertegur dah dengan Arwah.

Satu hari lain pulak, adalah diorang2 ni buat BBQ. Kaum wanita sahaja. Tapi orang tuh ingat saja je arwah ini tak ajak dia. Hanya si isterinya saja yang datang. Arwah kata pernah berkata, “tak pelah biarkanlah orang tuh. Orang tuh orang kaya. Kita ni sapalah.. orang miskin je.”

Bila mendengarkan cerita Ustaz tadi teringat pulak cerita Mak Jang di Hospital semasa menziarah Arwah dulu. Malam itu Mak Jang sibuk buat kuih untuk di jual pagi esok. Biasanya Mak Jang menjual nasi lemak, mee goreng dan pelbagai kuih muih sarapan pagi. Arwah pula rajin menolong Mak Jang, tapi malam itu Arwah kelihatan mengantuk sangat. Kekadang muka sampai nak tersembam ke tepung. Mak Jang suruhlah pergi tidur dulu sebab kesian mungkin penat main bola petang tadi. Sedang sibuk buat kuih, Mak Jang terdengar syieeeeeeeerk…………. seakan bunyi ular. Takut pulak Mak Jang kalau-kalau ada ular. Mak Jang pun bangun tutup pintu dan jendela rapat-rapat.

Bila sudah pagi, Mak Jang terjumpa kulit ular di belakang rumah. Besar kulit ular itu dan berwarna merah. Takut pulak Mak Jang dengan kawasan semak di belakang rumah tuh. Di ambil kulit ular itu dan di bawa ke dalam rumah. Kemudian dikejutnya Arwah tak bangun2. Sampai lah pukul 10 pagi. Panggil sahabat handai berdekatan tengokkan arwah yang sedang berdengur seakan2 tidur. Kejutkan langsung tak bangun. Kawan-kawan kata ” Biarlah Mezah ni tidur, dia penat kot”. “Takkan penat tidur sampai orang keliling pun tak bangun2. Bawa ke hospital lah.” Kata Mak Jang.

——————————–

Tak sangka juga dengan keadaan negara yang semakin maju dan membangun ni, pendidikan semakin meluas dengan ilmunya ini masih terdapat juga orang-orang yang berpendidikan sempit dan kuno macam ini. Hanya pandai mencari jalan mudah untuk puaskan nafsu sendiri. Apa yang orang-orang ni dapat dengan hanya puaskan nafsunya itu. Hanya kesesatan yang dicari, dan NERAKA JAHANAM jua tempatnya. Kami hanya memohon balasan Allah sahaja kepada orang-orang tersebut. Amin..

——————————————————-

Syukur Alhamdulillah juga kerana Allah permudahkan jalan perginya Arwah. Hanya balasan dan hitungan dengan-Nya saja yang menanti Arwah disana. Teringat juga ucapan dan ceramah-ceramah yang pernah Asid dengar. Sesiapa yang mempunyai dosa dan salahnya kepada sesiapa yang hidup di dunia akan susah bila sampai waktu ajalnya. Yakni dosa terhadap Ibu Bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga, orang kaya yang makan harta anak yatim, tuan mendera orang gajinya, bos yang menganiayai pekerjanya, polis atau orang-orang yang menerima rasuah.. dan sebagainya. Orang-orang ini akan susah menemui mati. Iaitu sakit yang berkurun lama dirasai. Bila sesudah mati… tinggallah dan rasailah balasannya kerana dosa-dosanya dengan Allah S.W.T.

Rasullah S.A.W. Bersabda yang bermaksud:

Kedua-dua kaki anak adam tidak akan berganjak (di Padang Mahsyar pada hari Qiamat nanti) sehingga dia di tanya tentang umurnya ke mana ia telah dihabiskan, tentang ilmu sejauh mana ia sudah di amalkannya, tentang harta kekayaannya dari mana ia perolehi dan ke mana ia digunakan, dan tentang dirinya ke mana ia telah pergunakannya.

2 thoughts on “Dia Pergi Jua 3”

  1. Ajalnya tertulis begitu…tapi sangatlah kejam dan zalim org yang buat aniaya kat arwah….ntah macam mana la dia nak minta ampun ngan arwah nanti….mudah mudahan arwah ditempatkan dengan orang orang yang dikasihani dan berbahagia di alam yang abadi tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *