Demam Panas

Semalam keje halfday. Memang niat nak balik tengahari sebab Ash tak sihat. Pagi semalam badan dia panas sangat. Belum sempat balik rumah, orang nursery call, katanya bawa Ash pergi klinik sebab sesak nafas. So Asid dan Abang bergegas pergi dapatkan Ash.

Lepas berjumpa doktor di Klinik Negara, Mama dan Papa bawa Ash ke rawatan cemas PPUM. Takut dan risau sangat Mama. Risau tentang kesihatan Ash. Orang kata demam panas memang bahaya kepada baby seumur Ash. Dikhuatiri amonia, sawan hingga boleh menyebabkan kecacatan otak Ash.

Alhamdulillah nursery bawa Ash ke klinik secepat yang mungkin. Sekarang Ash masih demam panas. Panas nya kejap ok kejap tidak. Kesian baby Ash. Tidur pun tidak lena, dengan selsema nya dengan batuknya.

Sabar yelah sayang. Mama doakan semoga baby Ash cepat sembuh ek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *