Debaran Semakin Terasa

Semakin hari semakin besar kandungan Asid ini. Bersyukur tiada masalah yang serius macam diabetes, darah tinggi ke apa ke, memang tak ada. Walaubagaimana pun terasa takut.. yelah due makin hari makin dekat je. Kengkawan mesej tanya dah bersalin ke? bila due? aiseh lagi seriau dibuatnya. Mana2 bakal ibu mesti rasa macam apa yang Asid rasa, risau, takut,nervous… agaknya masa Mama nak bersalin kan Asid dulu pun dia rasa macam nie.

Takut dan risau satu hal. Malam payah nak tidur. Baring ke kanan tak boleh baring kekiri tak boleh, tidur melentang tak boleh.. kaki makin hati makin menbengkak.. kejap2 nak buang air kecik… pendek kata susahlah sikit.. kekadang tu menangis sebab kaki kejang… Bukan nak bersungut.. cuma nak kata apa yang Asid rasa.. berkongsi cerita dengan pembaca. Namun sesusah mana pun masa mengandung ni, kegembiraan still terasa ketika tengok barang2 baby yang dah dibeli ni. Dibasuh dan disusun kat depan. Saja letak kat ruang tamu supaya setiap masa boleh tengok barang2 tu. Kalau tengok, hati Asid jadi tenang, happy…. pendek kata seronoklah. Lupa masalah2 yang lain.

Apa yang pasti Asid harapkan yang terbaik. Selamat melahirkan cahaya mata kesayangan ini. InsyAllah tak ada apa2 masalah bersalin nanti. Berserah kepada Yang Maha Esa. Orang kata tak boleh takut masa bersalin nanti fetus tak mengembang, susah pulak baby nak keluar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *