MOGOK : Tamat Riwayat
August 31, 2009Nak Tengok Orang Sakit ke Makan Angin?
September 4, 2009Konsert Dato Siti : SATU
Tadi malam jam 8, Asid tengok konsert Dato Siti. Walaupun lewat 10 minit dari jadual tayangan konsert ni, aku still tunggu dan sambil tu marah2 Astro.. ” kata pukul 8 malam, tak ada pun..” Rupa-rupanya siaran ni lewat 10 minit, maybe diorang tengah syok2 berbuka sampai terlupa nak tayang konsert ni on time.
Apapun Asid happy sebab dapat tengok Siti. Bukan apa aku syok tengok dia nyanyi2 sambil pakai baju yang cantik2 tuh. hehehe
Dan lagi, dekat sinilah yang boleh Asid tengok konsert dia. Nak pergi tengok dekat Istana Budaya?? Aiseh paling murah tiketnya pun RM80. Dasyat betul.
Citer pasal Konsert ni, sah2 Asid kantoi tak pergi Terawih. Aisehman memang ler Asid tak dapat pergi terawih tahun ni.. tahun lepas pun sama pasal anak2 Asid tuh masih kecil. Tak ada siapa yang hendak jaga diorang dekat rumah ni. Kalau korang duduk dengan mak ayah korang, sure no hal nyer. itupun kalau mak ayah korang tak pergi terawih. hehe
Antara lagu yang Asid suka…
Dato Siti Nurhaliza: Di Taman Teman
Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Merisik manja asyik fanaDikala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hingga purnama
Kau masih setiaDanau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat ku jejaki taman bunga
Benar indah amat indahDikala luka terlalu dalam
Sungguhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setiaWalau jauh berlari
Walau jenuh ku mencari
Tetap sungguh kau kemari
Tanpa jemu dan benciBiar ku telan tangismu
Biar ku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguhkan dihatikuPercayalah
Kau Inderaloka
Kan ku susuri
Bahagia mu teman di taman ini
P/S: Tahniah Asid ucapkan kepada sepupu Asid, Fidah dan Husband kerana baru sahaja terima cahaya mata yang pertama malam tadi. Sayang juga lagi beberapa jam nak merdeka, kalau tidak dah jadi ‘anak merdek’. hehe Nak buat mcm mana lagi kalau baby dah tak sabar2 nak keluar ek. 🙂