Dating Berdua Dengan Hubby ~ 3D Avengers @ Space U8
May 2012 27

Dating Berdua Dengan Hubby ~ 3D Avengers @ Space U80

Posted In Movie/Sinetron/Cerita

Assalamualaikum,

nak cuba nasib?? cuba lah klik gambar di atas ni… untung2…

Terima kasih sebagai pembuka cerita ini ditujukan buat warga seksyen 4 kerana sudi jaga anak-anak supaya mak dan bapaknya boleh keluar dating berdua.

Agak lama tidak berdating berdua ini ya. haha saja ajelah tergoda dengan cerita Avengers ini, macam-macam dengar feedbacks yang memberansangkan tentang movie ini.


So, Papa suggest pergi MBO yang baru buka di Space U8, Shah Alam . Masih baru dibuka november lalu, kedai pun belum penuh. So far [16/5/12] kalau pergi still rasa nyaman dan mendamaikan sebab belum ramai orang lagi. Apa yang paling menarik sekali disini, yang membuat Asid kagum amat, tersenyum memanjang ada rekabentuk, hiasan dan pembinaan ruang solat a.k.a SURAU. Pembentukan kedamaian jiwa dengan adanya elemen air keliling, dengar air mengalir ketika solat.. best tau.

Lepas solat baru masuk wayang dan buat wayang, 3D avengers.. siap berspek gelap. haha yang kelakarnya ada 5/6 orang aje yang tengok sekali kitorang. Siap pilih2 kerusi nak yang mana. Kami lurus beli yang couple, dulu yang couple lah kan. Sejukkkks.

nampak tu?? jauh duduk belakang..

Lepas tengok wayang, lepak kejap sambil minum air pepsi, di tgh2 mall ini.. air pancut… 🙂

Anda Mungkin Meminati:


Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.