Darah Nifas Kehijauan Tanda Jangkitan

Soalan:

SAYA baru bergelar ibu dan berusia 20-an. Saya baru tiga bulan habis berpantang dan kini anak masih menyusu badan. Masalahnya, darah kotor sewaktu bersalin dulu masih ada dan berwarna kehijauan. Di kawasan kemaluan pula timbul jerawat. Apakah punca masalah saya ini?

BABY,
Kuala Lumpur.

Jawapan :

TIADA sebab untuk haid bercampur warna kehijauan melainkan jika ada jangkitan kuman. Malah, lelehan faraj berwarna kehijauan lazimnya petanda jangkitan kuman tertentu. Anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan pengesahan jangkitan serta rawatan bersesuaian. Menjadi ibu adalah pengalaman baru.

Anda perlu membiasakan diri mengenali bahagian sulit dan mengetahui cara penjagaannya terutama setelah bersalin kerana kawasan luka dalam rahim dan faraj boleh mengundang jangkitan kuman. Faktor kebersihan kawasan kemaluan perlu dijaga rapi, sebelum ia merebak lebih dalam dan mengakibatkan jangkitan rahim endometritis. Tuala wanita juga perlu diganti lebih kerap pada waktu ini.

————————————————————————————————————–

Petikan dari Pakar Sakit Puan Harian Metro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *