Jam 11 malam tadi baru sempat buat Dadih Laici. Saja buat untuk bagi orang Shah Alam. Diorang buat open house esok untuk Hulu Klang Family shj. Macam biasa dadih yang simple aku buat. Hajat nak masukkan buah Laici (tin) sekali dalam dadih tuh, hmm sori ajelah ek tak sempat nak hiris kecik2 buah laici itu. Maklumlah selepas bersusah payah tidurkan Arisha. Bila dia dah tidur barulah boleh masak.
Memang kena tunggu Arisha tidur dulu. Kalau ada Papa dia, sure aku suruh Papa dia jaga. Apakan daya Papa pergi Stadium Shah Alam tengok Selangor main bola. Suka sangatlah Papa tuh, malam tadi Selangor menang lagi 3-2 dengan Kuala Muda Naza. Hari Selasa itu hari pun Selangor menang lagi, 3-0 dengan PDRM. Papa pergi tengok juga. 🙂
Dadih Laici
1. Sediakan bahan-bahannya seperti 1 tin Susu Cair 400ml, 100g Gula Pasir, dan 1 Paket Dadih (perisa suka hati nak apa!! : Laici, Strawberi, jagung, anggur, oren, durian, coklat dan lain2).
2. Didihkan air 3000ml (3 liter) dalam periuk. Masukkan sekali dengan Susu Cair dan Gula.
3. Apabila air sudah mendidih, padamkan api dapur. Masukkan serbuk dadih. Kacau selama 5 minit.
4. Masukkan kedalam bekas yang bertutup.
5. Masukkan ke dalam peti ais sehingga sejuk. Pastu boleh makan.
ko ni rajin betol la masak2 mlm2…huhu…aku nk g dapor pun udah malas mlm2 hehe
pasalnya laki aku tak de. ikut hati mmg nk tidur. hehe sape suruh aku ptg2 tak buat.. waka
tgk akak punya dadih, tetiba sy pun rasa nk buat dadih..lama tak buat dadih..hehe…nyum nyum…
hehe Buat jangan tak buat.. sedap nyum nyum..
Nak buat dadih perisa apa tuh? Nak sikit.. hehe