Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah sudah bermula. Musim bersunatlah yang paling glamournya selain musim orang kahwin. Bagi aku pula, kalau dulu musim inilah yang ditunggu. Bukan sebab jalan2 ke mana-mana, tapi sebab boleh bangun lambat, main basikal keliling kampung (basikal biru; hadiah pembakar semangat masa UPSR dulu), lepak2 dengan kengkawan, pergi jalan2 ke Jerantut dan Bandar Jengka (dah maju sikit sekarang ni).

Time belajar Sekolah Menengah, time cuti pun seronok juga. Petang2 jalan keliling kampung juga tapi naik motor. Selalu gak ler tanya Mok Mek, “Ada ke benda nak dibeli?, nak pergi kedai ni?”. Pergi kedai 5 minit jer, meronda2 pula berjam2, balik rumah dah tahu dah, apa ayat yang kena. 🙂

Time belajar U pula, time cuti dah matang pemikiran sikit. Tak pernah miss kerja part-time, buat budget untuk top-up prepaid. Kerja kilang dekat port klang, kerja kedai barangan sukan, kerja membuta, hihihi.. dan macam2 ler yang dibuat. 🙂

Sekarang pun masih di alam “bercuti”.. tak kerja pung..


6 thoughts on “Cuti Sekolah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *