Cuti-Cuti Sekolah Jan 2017 Port Diskaun Glory Beach dan Rumah Terbalik

Alhamdulillah, cuti sekolah awal tahun ini kami ke PD lagi. Juga menginap di Glory Beach Resort. Sudah banyak kali menginap disini sebab harganya yang berpatutan, kolam menarik untuk anak-anak mandi-mandi.. dan pastinya beach yang dekat sangat.

Short vacation memang kami lebih gemar ke sini sebab perjalanan tak jauh mana. Cuma kekadang stress sikit sebab jalan sesak dari KL-Shah Alam ke Port Diskaun ini.

Hari pertama sampai, kami ke Rumah Terbalik. Ini pun tak jauh mana dalam 15minit dari pantai Teluk Kemang tu. Bayaran Rm25 dewasa dan Rm15 kanak-kanak.

Selepas itu, pergi Lunch KFC.. then baru check in Glory Beach Resort. Ramai betul orang, cuti sekolah sekali cuti CNY. hehe.. so lepaklah kami sehingga Selasa. Rabu baru anak-anak start sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *