Cukur Jambul Arisha

Majlis Cukur Jambul, 18hb Julai

Alhamdulillah. Sesudah habis masa berpantang dan ada masa yang sesuai, Majlis Cukur Jambul Arisha diadakan. Disebabkan majlis cukur jambul Ashraf dulu dilakukan di rumah Wan-wannya, kali ini, untuk Arisha diadakan di rumah Opah, Chini 03 Pahang pula iaitu pada jam 3 petang.

Pagi jam 0800 Asid dan Family bergerak pulang ke Chini. Terpaksa pulang pada hari majlis diadakan  kerana Isnin hingga Jumaat Papa kena kerja. Cuti pun dah nak habis. Tinggalkan untuk raya lah pula. Terima kasih kepada Kak Ja dan Hamzah yang sanggup balik awal, Kak Cek dan Aizam, serta yang paling utamanya kepada Opah kerana bersusah payah mengadakan kenduri tersebut. Sampai sakit-sakit badan mereka dibuatnya.

Baby Arisha

lagi..

Diucapkan juga kepada Mak Piah, Cik Minah dan seorang kawannya kepada dari pagi hari datang menolong menyiapkan apa-apa yang patut untuk majlis ini. Terima kasih juga kepada orang-orang blok yang datang membacakan Yassin dan Doa Selamat. Tidak lupa juga terima kasih kepada Mak Cik Normah yang sempat memanggil ahli-ahli Marhaban Nur-Fitrah Image0018datang meraikan kelahiran Arisha dan terima kasih juga di atas hadiah yang diberikan.

Balik kampung time musim buah ni rugi kalau tak merasa apa yang ada. Beruntung juga masa ni dah habis pantang. Dapat juga makan buah durian Bangkok yang Mok Mek bawa dari jengka 8. Ada juga buah rambutan merah dan kuning, buah salak, buah tampoi, dan buah gelugor (buat asam keping).

Buah durian ini besar tak ingat punya. Rasanya lainlah sikit dari durian2 Malaysia nih. Sempat juga lebihan buah ni bawa balik ke Sentul. Merasa lagi. Selain itu, bawa balik daun pandan (itupun sebab bersihkan kawasan rumah, alang2 nak buang, bawa balik arr), rambutan Chini, rambutan Jengka, buah durian Bangkok (baka dari Bangkok, Thailand) dan Malaysia, buah gelugor (asam keping), buah Tampoi (masam2 manis), buah Salak.

Image0011 Image0012Durian Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *