Cukuplah Pasal Raya

Cukuplah asyik tajuk Raya.. Raya.. Raya.. sampai 7 dah tuh. Memang maraton posting pasal raya. Nasib baik lah hari ini hari ber-rehat2 di rumah pula. Tak adanya rehat.. hari ni pun sibuk. Sibuk mengemas rumah, manalah tahu kalau2 ada yang sudi bertandang ke teratak buruk aku nih.

Sediakan juga kuih raya yang ada tak seberapa nih. Ehsan dari Opah dari Chini. Kata Opah kalau nak lagi, mintak dekat Kak Ja.. Yang ada inipun sebab Kak Ja yang kasi dekat Opah. hehe akak aku yang sorang ni memang rajin bab2 membuat kuih sebab dia buat kuih sedap, lembut. Kalau aku buat, keras berdentum boleh buat batu bina rumah. kuang.. kuang.. kuang.. Lagipun dia ada masa. Tak ada saper2 nak kacau dia buat kuih dan menjahit tuh, aku ni sibuk dengan hero dan heroin ni. Memang tak sempat nak buat apa2. Beli sajalah kerepek2 ni haa.

kerusi kayu

sampai berkilat kerusi nih Papa lap.. rajin Papa nih.. hehe

Anda Mungkin Meminati:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *