Cucuk Mama: Perancangan Keluarga

Waktu tengahari pergi Shah Alam. Saja jalan-jalan ke rumah Wan2. Lepak dekat rumah sana kejap sebab waktu petang aku nak pergi Klinik Dr Rosli dekat Seksyen 7. Klinik yang biasa kami pergi checkup Adik. Kali ini Aku lah pulak pergi 3 bulan sekali.. heheย  Sepatutnya aku ambil injection perancangan keluarga nih last week, tapi disebabkan klinik tutup.. aku expanded lah ke hari ini. Ini kali ke dua aku ambil injection.. kesannya sangat menakutkan.

Aku pergi klinik waktu macam ini sebab waktu ini, Doktor perempuan in-charge, bukannya tidak boleh jumpa Doktor lelaki, tapi seganlah nak tayang2 buntut aku ni.. hehe. Alhamdulillah kalau boleh dielakkan.. apalah salahnya kan. Dekat klinik ini juga aku ambil kesempatan untuk menimbang berat aku. huhu dah 64kg. Inilah kesan yang pertama ambil injection DEPOCON… Badan bertambah2 berat dengan seberat2nya..

Berat naik satu hal,tambah pula dengan jerawat aku ni, semakin bermaharajalela. Naiknya senang.. hendak hilang pula cukup susah. Kesan ketiganya, perubahan emosi. Asyik nak naik darah ajer.. maklumlah hormon lembu yang di ambilnya.. huhu.ย  Nampak gayanya, aku memang tak sesuai dengan ubat Depocon ke Depacon ini.. apa boleh buat… ini lah satu2nya jenis hormon yang klinik ni ada.

Kalau nak tukar kepada ubat telan… ada juga yang mengemukkan.. kekadang masalah missed makan ubat. Lagi dasyat… so inilah realitinya.. guna ajerlah ubat hormon ni.. Janji berkesan. ๐Ÿ™‚

10 thoughts on “Cucuk Mama: Perancangan Keluarga”

  1. saya pon ambik depocon dah dekat 3 tahun..dr berat lepas bersalin 61 kg naik hingga 80 kg..memang sedih dan susah hati,,camna nak buat yer?

    1. selain stop pengambilan depocon, cuba amik pil perancang jenis lain cthnya yasmin. tp kena dptkan nasihat doktor dulu ya.

      boleh juga cuba dari skrg utk turunkan berat bdn, bersauna ker …

  2. sy sdg mncari info kaedah merancang kehamilan.ada yg kata kaedah implanon bagus tapi,bila semakin bnyk mmbaca di internet ni ada kt x bape bagus,mn satu ye???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *