Kebaikan Senyum Pada Kesihatan
April 29, 2012Nak cadar FREE tak?
May 1, 2012Contest Ibu Kau Inspirasiku
Inilah kisah ibu kau inspirasiku
Bukan dongeng rekaan dari dalam buku
Tapi kisah benar dari dalam kalbu
Jika dikenang pasti datangnya sayu
Semoga ada pengajaran dari kisah lalu
Ibu kau inspirasiku
Tekad sejak lahirnya kami hanyalah satu
Kebahagiaan anak-anak sentiasa didahulu
Biar makan pakai tak mewah selalu
Janji besar kami adik-beradik berilmu
Ibu kau inspirasiku
Dari ladang sawit Felda, kebun getah ke kilang kayu
Bangun pagi berjalan berbatu-batu
Semuanya dikerjakan buat membeli makan dan baju
Kerana abah tidak terdaya membantu
Namun ibu tidak pernah lelah dan jemu
Ibu kau inspirasiku
Biarpun gaji tidak beribu
Walau cabaran dugaan menimpa dirimu,
Alhamdulillah kami membesar dengan kasih sayangmu
Hingga melihatmu menyambut menantu dan menimang cucu
Ibu kau inspirasiku
Tahun demi tahun sudah berlalu
Biar kudratmu tidak seperti dulu
Nasihat ibu diingati selayaknya ratu
Ketabahan ibu menjadi kekuatan anak-anakmu
Ibu kau inspirasiku
Dewasa ini kami tidak melawatmu selalu,
Dek kekangan kerjaya dan waktu,
Namun itu tidak menghalang dirimu,
Untuk mengubat rindu pada cucu, anak menantu,
Datang menaiki bas bersama rambutan, cempedak dan ciku
Ibu kau inspirasiku
Budi dan pengorbananmu hanya Tuhan yang tahu
Jasamu dibalas itulah harapanku
Kerana tanpa dirimu tiadalah aku
Lagipun syurga di bawah kakimu
Sehingga nafas terakhir namamu dipaku
I will always love you..
p/s: Sayangilah Ibu anda melebihi anda menyayangi diri anda.