Contest: Baju Raya Sedondon

Kali ini first time aku join contest ni. Biasanya aku duduk tengok aje diorang join contest. Bukan apa contest kali ini memang menarik. Datangnya dari blog iburikazz. Syok juga ek dapat mengenang kisah2 yang lama. Boleh nampak perubahan2 yang mendadak. Dari berdua, bertiga dan kali ini berempat.

Inilah antara gambar2 hari raya kami dengan berpakaian sedondon.

Raya2006

Nama aku: Nor Asida Mohd Hanapiah

Nama pasangan: Amir Shariffuddin Samat

Gambar ini adalah gambar raya pertama (25hb Okt. 2006) kami bergelar suami isteri. Macam pasangan yang lain, 1st raya kami sure pakai baju nikah (warna cream) dan masa tuh juga aku sedang mengandungkan Ash (sekarang dah 2 tahun 4 bulan). 🙂

Raya2007

Gambar ini pula masa Raya Aidilfitri 2007 (13hb Okt. 2007). Di rumah yang sama iaitu rumah nenek husband aku. Apa yang bestnya kali ini kami bertiga sedondon berwarna biru kehijauan. (tak nampak pulak labunci lip lap lip lap baju aku tuh). Family lain pun sedondon, just machingkan warnanya aje. Ada 4 family semuanya. Gambar kami bertiga aje hendak mana di simpannya. Puas sudah aku mencarinya.

raya2008

Ini pula gambar raya (25hb Okt. 2008) yang terbaru. Baru saje tahun lepas. Masa ini dah nampak Ash besar. Tapi still kena dukung (dukung dengan Papalah pulak, sebab Mama dah tak larat. hehe

raya2009

dan

Untuk raya ini, temanya adalah baju sedondong Oren atau Hitam. Apa yang pasti kami bukan bertiga lagi, sudah bertambah menjadi 4 dengan kehadiran Arisha. 🙂 Tidak sabar rasanya nak raya nih!!! cakap pasal raya pulak, pose pun belum lagi

Apa yang pasti kesemua gambar ini diambil dari tempat yang sama. wakaka rumah nenek husband dekat AU5. Dekat aje kan??

P/S: Marilah join sekali. Due contest ini pada 22hb bulan ini (tarikh start puasa maybe)

2 thoughts on “Contest: Baju Raya Sedondon”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *