Cikgu Tadika

Alhamdulillah.

IMG_2497

IMG_2498

Tahun ini Asid menjadi seorang GURU. Agak berat tanggungjawab di pikul kan. Masa kecik2 dulu memang berangan kerja sebagai GURU. Tak sangka tahun ini impian dulu tercapai.

Niat cikgu ini tak lain untuk menjadikan anak-anak murid menjadi insan terpelajar, suatu masa nanti dapat membezakan yang mana elok dan yang mana buruk. Berjaya di dunia dan diakhirat.

Seorang cikgu atau seseorang yang mengajar anak murid digelar guru biasanya. Tetapi perkataan Guru bukanlah membawa maksud pengajar, pendidik, cikgu atau pun “teacher” . Perkataan Guru berasal dari bahasa Sanskrit, hasil cantuman dua buah perkataan ia itu “Gu” dan “RU”.

“Gu” dalam Sanskrit bermaksud gelap, kegelapan, kesesatan dan sebagainya.
“Ru” dalam Sanskrit bermaksud cahaya, keterangan, kebenaran, lurus dan sebagainya.

Guru ialah seorang yang membawa pengikutnya daripada kegelapan ke keterangan, dari gelap ke cahaya . Guru ialah seorang yang membawa seseorang yang berada dalam kesesatan ke jalan yang benar, lurus dan ke jalan yang penuh dengan cahaya Ilahi.

Seorang guru yang sebenar tidak akan mengajar . Seorang guru yang sebenar tidak akan memberi jawapan, Dia hanya akan memberi soalan dan memperkenalkan cara-cara mencari jawapan. Ramai orang yang memperkenalkan dirinya sebagai Guru sekarang, hanya menambahkan sampah di dalam hati dan minda kita. Mereka memaksa kita menerima apa yang mereka anggap betul dan benar.

Seorang Guru yang sebenar hanya akan memperkenalkan cara-cara untuk mengenal diri sendiri dan tidak akan memenuhi akal kita dengan sampah pengetahuan. Guru yang sebenar akan membenarkan kita berfikir dan memberi peluang kepada kita untuk mengenali diri kita dengan cara kita sendiri tanpa memaksa menerima ajarannya.

Petikan dari: Apakah erti dan peranan seorang Guru Sebenarnya ? | RahsiaAlam. com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *