Checkup Minggu 31: Injection kancing gigi

Dah 31 minggu usia kandungan Asid. Minggu depan 32 minggu/4=8 bulan. Sudah 8 bulan so dah rasa berdebar-debar macam nak bersalin anak pertama pulak. hehe. Takutnya bila memikirkan nak bersalin secara normal. Harap2 tak adalah masalah.

Checkup kali ini, so far semua okay. Mama pergi sorang kali ini sebab Papa tak boleh ambil cuti sebab awal bulan hari tuh dah ambil. Ash pulak tinggal dengan Wan Wan di Shah Alam. Tengahari Papa datang ambil Mama.

Checkup seperti rutin biasa iaitu urine test, scan keadaan dan kedudukan bayi : okay dengan kepala di bawah dan muka mendonggak ke jantung Mama, air ketuban okay, perut mulai ada kesan merekah sebab baby semakin membesar, berat baby dah bertambah menjadi 1.7 kg, berat mama bertambah 900 g, tekanan darah normal cuma kadar denyutan jantung agak laju (takut kena injection!!!). Lepas checkup pergi ambil injection di bahu sebelah kiri untuk mengelaknya kejadian kancing gigi(sakit bila ubat dimasukkan di badan, rasa kebas sikit2). Tak ingat pulak masa mengandungkan Ash dulu ada ambil ke tidak injection ni (mestilah ambil ek).

Next week nak shopping barang yang mana belum lengkap lagi. Beg untuk ke hospital pun belum siapkan lagi. Next week jugalah siapkan. Barang yang belum lengkap lagi pun tak banyak. Tinggal beli bra untuk menyusu (2, 3 pasang), barut perut baby (tambah 2,3 helai lagi), pad bersalin untuk Mama, tisu toilet (lap berak baby) dan barang2 penjagaan badan mama (berus gigi, pencuci muka, deodorant dan lain2).

2 thoughts on “Checkup Minggu 31: Injection kancing gigi”

  1. apa yg kak asida lalui di atas,sama skali dgn apa yg saya lalui…minggu ke 31 sekarang.rasa sangat memahami apa yg kak rasa.semoga smuanya selamat untuk kita.baby saya pula masih songsang sampai sekarang.dr kata sbb uri di bawah(low-laying placenta).harap2 scan minggu dpan (minggu ke32)akan ada perkembangan baik.takutnya nak ceasar…

    1. Mudah mudahan selamat ye. Ada masa lg baby berpusing ke tempat yg betul.

      Last2 2nd baby ni kedudukan baby betul, tp nak ceaser juga sebab sakit dh lama, bukaan kecik lg. baby dah tak sabar nak keluar pula tuh. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *