Check-Up 4

Hari ini seperti bulan-bulan sebelumnya, ada checkup perut. Kali ini dah 5 bulan usia kandungan. Alhamdulillah. Pergi agak lewat ke Pusrawi iaitu hampir jam 9 pagi. Masa tuh dah ramai orang duduk menunggu doktor. Sure Asid orang yang ke belas2an nie. Tak apalah hari ini tak plan ke mana-mana just datang ke sini. so boleh lepak ke bawah kejap breakfast.

Jam 1045 baru di panggil masuk ke bilik Dr Adilah. Kali ini lain sikit sebab Papa dan Baby Ash masuk sekali. Alhamdulillah Baby Ash hari ni behave sangat. Tak merenggek langsung maybe sebab tak rasa panas kot.

Ada juga yang menggembirakan, keadaan baby dalam kandungan sihat. Dengupan jantung okay dan yang paling penting dah nampak jantina. Harap2 jantina tuh betul lah tak de tukar2 dah. Nampak gaya Dr pun dah macam confirm dengan jantina tuh.

Dan lagi satu kandungan kali ini tak ada apa-apa masalah. Air ketuban okay, uri dah naik atas dan jauh dari pintu rahim. Kedudukan baby okay kepala di bawah. Lepas ini baby bergerak lagi. Apapun harap2 bersalin normal kali ini. Kekadang rasa cuak juga nak bersalin normal ni, maklumlah tak ada pengalaman lagi. Dulu ceaser. InsyaAllah semuanya berjalan dengan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *