Cerita Si Monyet

Maafkan saya  kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa
yang  saya  ingin ceritakan pun hanyalah tetang monyet,haiwan yang sering
jadi  bahan  sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang  kemas,
kekasih yang  jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak  bercerita
tentang  itu

Baru-baru  ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah  seorang
saudara.Sewaktu  kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di  kuala Pilah,
nun  di depan sana,saya lihat ada sekumpulan monyet  mundar-mandir di sisi
jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk  melintas.

Saya  terus  memandu dan sewaktu kereta semakin hamper,saya  terkejut
kerana ada  s!eekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar
salah sebuah  kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek  dan
memperlahankan  kereta.

Kereta  semakin hamper dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu
terus  menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan.  Kakinya
terketar-ketar.  Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi  paling  menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang
buncit itu  terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul  sesuatu
berwarna  kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat  itu?

Benda kelabu  itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika
itu  saya  terasa tubuh ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi
akan  mati  sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang
sebelum  sempat melihat wajah ibu.

Sebaik  melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak
kawanan  monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi,
tapi  kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper  saja
dilanggar  kenderaan yang lalu-lalang.

Mungkin  kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia
hanya  monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf  dengan
manusiawi.

Tapi  tidak  kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan suratini,
kerana  peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan
saya  kepada  sebuah peristiwa yang berlaku pada awal  1990-an.

Ketika itu  usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak  oleh
seorang bapa  saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah.  Saya
bukanlah  minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah,  saya
terima  ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya  ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi
tiada seekor  haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk ,  napuh, rusa,
ayam  hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan  itu, seolah-olah
bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi  .

Saya  bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari  kian
beranjak  petang, pak cik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, ”
Kita balik  ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada habuan.”

Kami  berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar
suara  riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami.  Saya
mengamati  suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang
memakan  buah-buah hutan.

Saya  perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan   itu.Di
bibirnya ada  sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya.

Adakah pak  cik hendak menembak monyet-monyet itu?

“Haa. Pak  cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil  anaknya,
nanti boleh  bela, ” begitu jawapan pak cik.

Masih saya  ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik  supaya
membatalkan  hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya.
Tidak akan  saya lupa kata-kata pak cik petang itu,

“daripada  balik tangan kosong? “lalu  dia  mengacukan senapangnya ke arah
kawasan monyet tadi, dan  ?

DAMMM!!!

Demi  berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang  monyet-
monyet tadi  menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai  ranting
patah serta  jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP!  Adasuatu  benda yang jatuh ke tanah. Saya  terpandang seekor ibu
monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan  pak cik  terus  mendapatkannya.
Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang  tidak mengerti apa-apa
terlepas dari pelukan,  tercampak tidak jauh  dari ibunya sambil
menjerit-jerit.

Si  ibu  merengus-rengus memanggil anaknya dengan  lemah.Ia  cubabangun.
Dengan besusah  payah  sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk
mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut  yang masih  berdarah.

Ia  berusaha  melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi  sambil
berguling-guling  ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai  berjalan
jatuh,  bangun mendapatkan ibunya.

Si  anak itu  terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang
jelas di  ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh  dan
menatap  wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu  dibawa  si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya  dan pak
cik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang
perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.  Hati saya  tersentuh. Betapa
si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu  tempat  dia bermanja
akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami  fikiran ibu
monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat  kali  terakhir,
sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi.

Ibu  tidak  akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan,  menyuap
mulutmu bila  kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata  si ibu  monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si
anak  seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama  anaknya.

Matanya saya  lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang  kami dengan
pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa  apakah  yang aku lakukan hungga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke
sanake  mari di  bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet  itu
berlumuran  darah, begitu juga dengan si anak yang masih di  pelukannya.

Beberapa  detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat
siibu  mencium  anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan  tubuhnya
terkulai  ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak
dapat  ditanggung lagi.

Si  anak  menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri
dari  situ,  tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak
tadi  menyusu  semula.

Di  saat itu  perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia
beberapa  kali menggetap bibir cubamenahan air matanya  daripada tumpah ke
pipi.

Tapi  bila  melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang
tubuh  ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal
dengan apa  yang berlaku.

Susana  sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa  pulang.
Biarpun ia  terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang
telah  mati.

Di  dalam  kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.
Padaketika itu  saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana  membunuh
satu  nyawa  yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan  yang
hodoh, tapi  mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak,  rasa
sayang  kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana  hilangnya akal waras kami?

Selang dua  minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.
Pakcik  memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan  asyik
menjerit-jerit  sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila
malam,keadaannya  bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini  saya  sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya
ceritakan  kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan
juga  punya  perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun  kitalah
satu-satunya  makhluk yang Tuhan anugerahkan akal  fikiran.

Tidak lupa  saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang
ibu.

——————————————

Kiriman email seorang sahabat Mus

6 thoughts on “Cerita Si Monyet”

  1. teringat cite monyet nk bunuh cicak tepi sink pon was was.. tp geram pasg gak ridsect trap.. hampeh xkene sekor pon!

  2. Terharu apabila membaca,menitis air mata menbayangkan keadaan si ibu…. sesungguahnya semua makhluk didunia ini mempunyai perasaan..
    tapi kita manusia yg mempunyai akal tidak dapat berfikir…

  3. Dasyatnya dia sampai bunuh monyet tuh? Tak kesian ke? Entahlah memang kena berbaik sesama makhluk. kalau makhluk yang tak merbahayakan nyawa kita oklah, kalau binatang itu merbahayakan kenalah bunuh. Contohnya lalat.. biar je dia hinggap dan rosakkan makanan kita, kita makan.. pastuh kita mati? macammana.. nak sangat berbaik sesama makhluk katanya.. wakaka

    Nyammuk memang merbahayakan sebab mendatangkan penyakit demam denggi…. 🙂

  4. t’igt jugak kisah org kg ina.. bela monyet pastu marah2 monyet tu dia sembelih.. pstu org tu terus sakit menggelupur n sebulan pastu meninggal.. org kate kene tulah dek monyet.. moral story berbaikla sesame makhluk allah.. tapi bunuh lipas @ nyamuk tak dosa kan?

  5. …betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu…”
    memang mendalam maksudnya…biarla ia dapat dijadikan pengajaran buat semua….
    …teringat pula kat ibu jaja ..(sudah meninggal dunia)…

  6. salam….
    kisah ni sy copy n email pd rakan2. mudah2an dpt dijadikan iktibar utk semua. kisah yg bg sy mmg nampak mcm biasa tp memberikn kesan yg luar biasa utk sy. xtaula klo sbb sy pun bakal menjadi seorg ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *