Ahad atau Isnin

Hari nie ade beberapa perkara men’confius’ kan, either nak balik kampung hari ni atau esok. Difikirkan hari ni macam malas lagi, so amik keputusan nak balik Jengka hari esok. Hari nie nak jalan2 ke rumah Kak Ja. Entah dia ada dekat rumah ke tidak. Belum call dia lagi tapi sudah bersiap. Hehe senang jerk naik bas klang kat depan kedai sana jerk. Oklah sudah tengah hari nie nak bergerak dah. Hehehe

Tanpa disangka tengah makan nasi lemak, my BF datang. Dia kata nak hantarkan kite ke rumah Kak Ja. So dia hantarlah. Bila dah sampai dia lepak kejap pastuh dia balik rumah dia sebab ada keje katanyer. Oklah. Malam tu tengok juara lagu bersama orang2 di rumah itu. Aduhai sedih sebab anuar zain tak menang..huhuhu 🙁

Joggiing

Lebih kurang pukul 710 pg, Amir datang jemput pergi jogging dekat tasik Shah Alam. Habis jogging pukul 8pg, pastuh pergi beli nasi lemak depan kelana FC. Kemudian balik. Lepak tengok email n then mandi. Kemudian Amir datang balik hantor duit belanja(nak bayar duit telepon). Kemudian turun bawah hantar barang dekat Najib suruh dia bawa balik kampung, then pergi medan serai amik baju kebaya yang hantar balik semalam.Pastuh try baju tu dekat rumah. Masih tak puas hati sebab kain dia tak berape labuh..tapi nak buat cam ner?? pakailah selagi boleh pakai. Lepas tu makan nasi lemak depan tv sambil tengok Dragon Ball dengan Wawa. HeheheDah habis citer cartoon ni, bukak email….sampailah sekarang

Malam nie sibuk dengan proposal. Susah sangat nak buat literature review ini. Entah mana nak cari information yang berguna untuk thesis ni. Dahlah hari ini tak ada mood langsung..Sakit hati 🙁 Kalau tak ada apa yang boleh buat lebih baik balik kampung jerk. Buang masa jerk duduk kat Shah Alam ini. Wawa dah bertolak balik ke Kelantan pukul 9 malam tadi. Hmmmmm……………… .aduhai..

Online Test Cisco

Kelas Cisco pukl 830pg. Tepat pukul 815am Amir datang amik & hantar kitorang pergi kelas. Pukul 9pg start buat test Cisco module 4. Alhamdulillah boleh buat, satu kepuasan buat test dengan lihat nota. Cuma kdg2 tu jahat sikit(faham2 jelah). Ada salah jugak,tapi still dalam grade yang memuaskan. Hehehe Satu lagi module yang dibuat,module 3 tapi dah nak dekat pukul 10pg. So tak sempat nak buat sekarang. Kena buat dekat rumah lah. Hehehe

Thursday :((

Hmm sedih bila dapat tahu kena stay kat Shah Alam sampai hari rabu sebab nak siapkan proposal.. Sebab after break kita dah kena present..aduhai. Lagi poning kepala dibuatnyer..aduhai
🙁 Lagi sedih hari ini time buat online test cisco. Ada pulak ter ‘restart’ computer plak. Dah lah tadi tidak ada electric..unlucky sikit hari ini :(. Sedihnyer terpaksa jumpa Tuan Haji esok suruh reenable balik module 3.huhuhu 🙁

Wednesday

Kelas awal pukul 830 pagi. Tepat2 pukul 830 masuk DK. Kalau Amir tidak hantar, pasti lagi lambat sampai. Ingatkan kitorg yang lambat, rupa2nyer ade lagi yang lambat..Tambah2 debutet pukul 9 lebih baru sampai. Aduhai..memang kalau kelas En Adzhar memang lambat. Hehe at least dia datang jugak bukan macam bebudak lain..asyik ponteng jerk.hehehe

Lepas kelas Proposal, kita ngan E.T pergi menara berkembar UiTM sebab hendak cari buku yang berkenaan dengan Thesis kitorng. Mula2 sedih jugak. E.T dapat cari buku, aku pulak langsung tak ade. Then bila kita turun tingkat bawah (PTAR3), nampak satu sudut buku2 baru. Kita carilah pulak dekat situ. Akhirnyer dapat satu buku nie..Pocket PC. Hehe at least de jugak buku yang dipinjam. Ingatkan E.T leh pinjam buku yang dia amik tadi rupanyer tidak boleh ada problem ngan Matrik kad dia. Kita pulak tidak tahu dia pergi mana, terus pergi Ptar4.. kononyer nak cari E.T last2 tak de. Alang2 kat Libary nie,kita pun carilah lagi. Kat sini lagi banyak buku tentang Pocket PC. LAst2 pinjam 4 buah buku. Sekali dengan buku programming..hehehe

After that, kitorang pergi Surau Cempaka..nak rehat dan sembahyang zohor. Kejap lagi ada kelas.

Presentation IPK

Hehe. Hari nie presentation,baru nak prepare malam tadi. Pastuh pagi tadi bangun lambat. Kelam kabut mandi nak pergi fotostat presentation template. Amir pulak sampai masa orang belum bangun..sian dia lewat pergi kerja hari nie. Sorry wak!!! Alhamulillah settle gak presentation. Tak payah dah pikir2 pasal itu lagi. Hehehe Lepas kelas pergi PKNS. Ingat jumpa Wawa kat sana tapi Wawa dah naik bus nak balik umah. Last2 tinggal kita sorang kat sana. Alang2 dah sampai belilah kain tudung hijau untuk baju yang baru beli dekat Jln TAR tu. Beli jugak keronsang untuk diorang. Habis lebih kurang RM37. Aduhai…hehe 🙂

Sunday

Disebabkan malam tadi tidur lambat sangat, hari ni bangun lewat pukul 11pg. Pastu terus mandi dan sambung to do my thesis. Aduhai..dah sampai pukul 1 tghari, break.Then sembahyang Zuhur dan keluar dengan Amir pergi Summit, USJ. Kalau tak de hal ni malas nak keluar sebab banyak keje nak submit. Pergi pun sebab hendak repair pocket pc. Dia punyer charger rosak. Pergi2 tak de plak charger tuh, disuruh pulak cari kat lowyat. Hmm :(. Lepas perkara menghiris hati tu, balik Shah Alam pergi Giant beli barang rumah. Sambil tu belilah buah tangan untuk orang kampung..hehe 🙂

Go to Genting..A Nice Day

Hari sabtu yang begitu awal bangun. Al maklumlah nak pergi jalan2 dengan my Sweetheart sempena anniversary kitorang yang sudah menjangkau 1 year couple. Hehehe. Kira2 pukul 7 pg dah bertolak dari Shah Alam. Then parking car dekat office my Sweetheart.

After that, kitorang naik bus dari KL central ke Genting. Kira2 pukul 9 pg sampai sana. Terus naik kete cable.Cuak lah jugak sebab nie 1st time pergi Genting. Bila dah sampai atas, terus jalan2 sampai outdoor theme park. Mabye kitorg unlucky today sebab hujan terus dari pukul 9pg sampai pukul 4ptg. So kami antara ornag terawal datang so kami lebih lucky then orang yang datang tgh hari, sebab kami sempat jugak main 5 games from 20 games dekat dalam ni. Kalo diorang just boleh naik train jerk. Hehehe.

Lepas dah naik apa yang dibenarkan saja, kitorang naik untuk lunch. Makan kfc. Pastuh jalan2 kat situ jerk, shopping sikit..dan beli gift untuk housemates. Walaupun tak semua game kami naik, tapi kami still happy together..spend time together.. Luv him very much!!! Thanx wak..

Khamis Yg Manis..

Kelas cisco kul 1030pg. Macam last week, my Sweetheart hantar pergi kuliah. Hehehe. Itu sebab badan nie bertambah2 lemaknya sebab dia selalu sangat amik dan hantar. Jalan nyer kurang..aduhai.. Hari ini balik awal sikit, pukul 5ptg dah sampai rumah, itu pun hujan betul2 lebat time turun dari bus mini. Aiseyman..nasib baik bawak umbrella hari ni..