Category Umum

Jalan-Jalan ke Langkawi 6

Ini kali kedua Asid menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. 1st time dulu masa honeymoon. Pergi berdua, kali nih berempat. Bawa anak-anak sekali makan angin sempena anniversary kami yg ke-5. Makanlah angin tu sampai kembung ye. hehe.

“Semoga hubungan cinta kami berkekalan hingga ke syurga”. Insya-Allah

16 June 2011 : Gerak dari KL Sental ke Arau

Naik keretaapi cabin no2. Pada jam 9.15 malam [Khamis Malam Jumaat]

 

17/6/2011 : Dari Arau ke Pulau Langkawi :)

Sempat bergambar di stesen keretaapi Arau. Sampai Jam 8.15 pg

Lewat!! sebab keretapi rosak dalam perjalanan.

Naik kereta sapu ke Jeti Kuala Perlis.

Peace. Tenang menunggu turn nak naik Ferry!! Jam 10.30 pagi Jumaat.

Naik Ferry selama lebih kurang 45 minit.

Dah sampai ke destinasi. Ambil kereta yang sudah booked untuk 2 hari. Kereta kecik aje cukuplah kan untuk kitorang 4 beranak. [Cas sewa memang dah naik sgt.. huhu]

Sebelum check-in hotel, jalan2 di Dataran Helang jap.

Ashraf nak ke toilet. MAN? seorang lelaki. Jarang nampak cam gini!

Check-in Holiday Villa Langkawi!! jam 3 petang.

Syoknya tido. Bilik lebih kurang cam gini, ni gambo google aje. :)

Naik Langkawi Cable Car Jam 5 petang! Boleh dapat diskaun 50% dalam RM50 gitu.

Tak kira dah kat tempat sejuk, 700 kaki tinggi dari paras air laut.. makan aiskrim. huh penat giler naik tangga

Budak2 ni memang pantang nampak mainan, sure nak naik!

Dinner ikan bakar @ Restoran Haji Jelani.. uish harga.. dasyat!

18/6/2011 : Jalan2 keliling Pulau Langkawi

Island Hopping Jam 9 pagi Sabtu

Naik bot. Masing2 cuak..

Tasik Dayang Bunting. Sempat ambil air untuk Kak Ja

Bina Istanaku @ Beras Basah

Lunch : Nasi Campur

Kota Mahsuri! Masuk RM5 seorang

Lepas ni aktiviti shopping! Rambang mata sampai tak de masa nak snap gambo. wakaka. teruk benor!

Lagi pulak hanset di masuki air laut manis huhu gara2 mandi di Pantai Chenang.

huhu ada tak sesiapa yg de handphone lebih? silalah derma kepada saya.

wakaka :)

Lunch @ Kyros Kebab Sogo 0

Assalamualaikum,

Ahad lepas ke SOGO. Macam biasa tujuan utama ke Pertama. Oleh kerana dah sampai ke SOGO, makanlah dulu kat SOGO ni. actually first time makan kebab kat sini tau di mana2.. tak pernah mkn kyros, biasa makan yang pasar malam aje.

Macam biasa kata papa.. rasanya memang best. Boleh pula habis satu set tu, padahal perut masih kenyang dengan breaksfast yg pukul 12 tu, hehe. Itu psl diaorang ada francais dimerata2 tempat  mcm KFC dan Mcd tu kan.. hehe

Asid dan papa, makan kebab.. anak2 memang tak lain tak bukan.. makan McD nugget [ayam goreng dah habis huhu]

Dinner @ Chan Abdullah 2

Assalamualaikum,

Beberapa minggu yang lepas, kepala paip ada loose sikit. Air pula melebihi 24jam menitik tanpa henti. Cuba juga cari tukang paip, no tel yg ada dalam simpanan.. bila call asyik2 ‘luar kawasan’2x. Akhirnya amik keputusan telephone aje Abg Mezah dan Kak Ja. hehe minta tolong tukarkan.

Alhamdulillah Abg Mezah free malam tu, bukan saja tolong tukarkan paip rosak, tapi kipas yang rosak dalam bilik TASKA bebudak ni. Terima kasih banyak2 to Pak de dan Mak De.

Upahnya nak belanja dinner, tapi taknak pulak diorang. Habis anak2 dan asid pun blum makan.. huhu nasi pun tak masak. Papanya pergi tengok bola di stadium. So kami berlima sajalah ke Restoran Chan Abdullah Seksyen 15. Restoran muallaf. Masakannya sume ala2 masakan cina lah kan.

Sebelum ni pun dah datang, masa birthday Wan2. Makan di sini ramai2. :)

Pendek kata, masakannya sedap dengan harga yang berpatutan. :)

Tanah Runtuh : Rumah Anak2 Yatim Hulu Langat 4

Assalamualaikum,

Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayah kepada mereka [mangsa2 tanah runtuh] dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang disayangiMu. Takziah kepada keluarga yang terlibat. Amat sedih. :(

Kejadian pada pukul 2.30 petang semalam itu mengakibatkan 25 orang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus. 16 orang ditemui mati manakala sembilan yang lain cedera, tiga daripadanya kritikal.

HULU LANGAT: Jika semalam mereka ketawa bersama, hari ini mereka bercerai nyawa. Lebih hiba, dengan tulang empat kerat dan kudrat terhad, Mohd Iman, 14, memerah keringat dengan cucuran air mata cuba menggali tanah untuk menyelamatkan kawannya yang tertimbus hidup-hidup.

“Saya sempat menjerit sekuat hati suruh kawan keluar dari dewan. Namun dengan sekelip mata mereka sudah tiada,” kata Mohd Iman, penghuni Rumah Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, dia berada di asrama anak yatim berkenaan sebelum dipanggil turun oleh rakannya yang lain untuk latihan nasyid.

Difahamkan, mereka mengadakan latihan kompang ketika kejadian bagi menyambut kehadiran pihak Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bagi menyampaikan sumbangan.

Lagi berita>> hmetro

Dalam pada tuh, berita ini mengejutkan.. Janganlah diukit keburukan sebelum ditimbang kebaikkan dan kesusahan mereka yang alami.

Shahrizat: Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa tak daftar di JKM

KUALA LUMPUR, 22 Mei — Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.Menterinya Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

“Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana,” katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu.

Dipetik Bernama, Shahrizat berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan agensi dan kementerian berkaitan dalam masa terdekat untuk mengetahui status rumah anak yatim itu.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh.

Lagi berita>> insider

Asid Dijemput Sbg Chef Jemputan?? 6

Assalamualaikum,

Semalam dapat email dari dot.dot untuk program si kecilku chakk on tv3 .

Emailnya berbunyi,

Hi,

IM MR.E [bukan nama sebenar] from 27th Pictures. We’re doin a third season of si kecilku chakk on tv3. Basically we would be honor to interview your chef on 1 of our topic.

Resipi untuk bayi umur 6-10 bulan.

If you agreed to do demo for this cooking, it would be great.

Hope to hear from you soonest.

Thank you!

 

Ini mesti sebab website masak-masak tuh,  Asid ni masak2 untuk baby dan keluarga sendiri bolehlah kalau sekadar hendak mengenyangkan perut tuh, tapi untuk buat tatapan umum malulah. Nak resepi berkaitannya bolehlah tengok di http://www.asapdapur.com ye. Sumbernya pun ada.

tapikan betul ke email ni? hehe ada je contact kalau nak check.. tapi malas lah. :)

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22