Category Umum

World Cup 2010 Afrika Selatan 0

2014 Brazil
World Cup akan diadakan di Brazil. Saper yang menang? Insya’Allah kalau ada umur yang panjang, tahulah kan. hehe
2010 Afrika Selatan
World Cup tahun ini dimenangi oleh Sepanyol. Memang 100% tepat ramalan si sotong Germany tuh. hmm sedih juga sebab Malaysia tak main.. huhu wakil Asia pun kalah. Tapi diorang main bagus. hehe Sebenarnya aku nak German atau Brazil yang menang.
2006 German
Tahun ini pula World Cup dimenangi oleh Italy . Masa ini aku baru kahwin, time pergi berbulan madu ni ke Pulau Langkawi. Nasib baik, game main lewat malam, tak adalah aktiviti berjalan-jalan terganggu. Nice.
2002 Korea, Jepun.
Haa. Tahun ini Brazil yang menang. Masa ini pula aku tengah study dekat UiTM Pahang. Masa cuti semester, duduk rumah kak Na di Paya Kecil, Temerloh. Cuti-cuti ni aku buat part time job dekat kedai barang-barang sukan di depan bus station lama Temeloh (ntah ada lagi ke tidak). Masa ni satu game pun aku tak tengok. Apa yang buat aku ingat sampai sekarang, bos aku kasi cenderamata World Cup, key cain. Nak juga dia kasi, padahal untuk dijual. Cantik memang cantik, nak beli.. mahal rasanya RM29.90 (cish ingat tuh), mana taknya aku sayang sangat key chain ni. Lama aku simpan sampai kuning dah plastiknya. Sekarang dah hilang di main oleh Adik.
Cerita pasal bos aku tuh,  dia ni baik lah kepada pekerja2nya, walaupun kekadang marah dan tegas (itu sebab nak kami buat kerja betul2), tapi dia selalu belanja kitorang makan burger. Burger depan kedai tuh pulak sedap giler. Rasa hari2 nak beli. Dalam pada aku bekerja di situ, sempat juga aku belajar ikat tali raket badminton (kalau suruh sekarang, sure dah tak ingat). hehe
terkenang masa dolu-dolu..

Family Day 2010 @ MES GREYSANDS PD 0

Dah lama tak update blog, bukan sebab busy dan tak ada masa, cuma kecewa dengan keadaan stremyx yang entah apa2 ni. Nak publish apa2 pun susah. Tapi bukan pasal streamyx nak di cerita ni, tapi pasal Family Day kitorang baru2 ni. hehe

Namanya Hari Keluarga Wan Harun. So, keluarga besar belah Wan2 (nenek Ashraf dan Arisha) lah ni. Hari keluarga ini di adakan di Mes Greysands, Port Diskson. Tempat penginapan polis2 lah ni kiranya (aku polis ker? wakaka). Diadakan pada hari Jumaat hingga Ahad . Aktiviti2 nya seperti biasalah macam family day yang biasa dilakukan seperti berkumpul ramai2 saudara mara, bertemu bual, bersukan neka, makan kenduri kendara, dan berkaeroke.

Aktivit yang paling disukai oleh anak2, apalagi kalau bukan mandi manda. Siap tak nak naik. Nak main air laut masin lelama. Adik pulak, dah naik tepi pantai..siap berlari balik ke dalam air. Sabau jelah.

Itulah ceritanya setakat ini..:)

My Toddler Now Can..?? 2

Lilypie Second Birthday tickers

  • My toddler now can drinks from a cup without assistance.
  • She can stand alone for several minutes.
  • She walks well (keep in mind that good crawlers often are late walkers).
  • She waves good-bye
  • She says “mama” and “dada”.
  • She says other one-syllable words (like “hi”, “ta”, “na”).
  • She expresses her wants with gestures and words instead of cries.
  • She engages in gibberish conservation.
  • She responds to simple commands (like “boom” for sleep).

Kenny Rogers Subang Parade 2

Hari ini Papa bawa kami sekeluarga pergi Subang Prade, makan di Kenny Rogers untuk celebrate birthday Arisha dan anniversary Mama dan Papa yang ke 4.

Tak sangka Adik dah satu tahun. Cepat betul masa berlalu. Sakit masa melahirkannya pun masih terasa lagi. :) hehe Apapun syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, Adik membesar dengan sihat dan bijak. Luv u Adik.

Usia perkahwinan kami pula mencecah tahun ke 4. Syukur juga kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur jodohnya kami, namun aku berdoa semoga hubungan ini berkekalan hingga ke pintu Syurga. InsyaAllah.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Papa kerana hadiahkan bunga dan coklat pada hari anniversary kita. Pagi tuh ingat Papa dah lupa. Boleh pula tanya, “hari ni ker?”, “yang ke berapa ek”. :) rupa-rupanya dah seminggu Papa ingat. Sebab bunga tu order dari minggu lepas. nice.. :)

Sepanjang hari aku duduk merenung bunga ni… dengan senyum sendiri. Kalau ada orang tengok, sure diorang ingat aku dah angau.. hhehe :)

Hari Lahir Bonda 0

Hari Lahir Mama yang ke-52. Semoga Allah melindungi dan merahmati Mama selalu. Love you!

Blog Widget by LinkWithin

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress