May 2010 05

Secara purata, kita buang air kecil 6 hingga 8 kali sehari. Namun kekerapannya bergantung kepada jumlah dan jenis minuman yang diminum. Lebih banyak kita minum air (air masak), lebih kerap kita berulang ke tandas.

Malah, individu yang kerap meminum kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik – yang membuatkan anda sukar berenggang dengan tandas.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550ml air kencing. Kita biasanya hendak membuang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200ml, tetapi kapasiti yang normal ialah sekitar 400ml.

Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil adalah baik kerana proses semulajadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan.

Ramai yang tidak sedar, warna dan bau air kencing menjadi petanda kepada tahap kesihatan kita. Ini sebabnya kita perlu memerhatikan sebarang perubahan pada air kencing kita sebelum menarik pam tandas.

1. Warna

Air kencing mengandungi urokrom yang memberi  ia berwarna kuning. Warna ini berubah setiap hari dari warna gelap hinggalah ke warna kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing. Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan kita memerlukan air secukupnya bagi membolehkan ia berfungsi dengan cekap. Sebaliknya, jika kita minum cukup air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya menjadi cair dan cerah. [..]

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 27

Amalan pemakanan yang baik sedikit sebanyak membantu anda membina ketahanan tubuh. Antaranya ialah

1. Teh

Pengambilan teh sangat membantu meransang sistem pertahanan badan. L-theanine yang terkandung di dalam teh akan ditukar kepada ethylamine di dalam hati di mana ia memainkan peranan penting dalam proses pertahanan badan.

2. Buah-buahan

Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin yang baik untuk kesihatan. Tambahan lagi ia turut mengandungi antioksidan yang semulajadi yang berupaya meningkatkan pertahanan badan. Antaranya buah kiwi, mangga dan pisang.

3. Dadih

Ia banyak membantu kesihatan sistem penghadaman malah tahap kesihatan tubuh secara keseluruhannya. Hal ini kerana bakteria baik yang ada di dalam dadih mampu merangsang sistem ketahanan tubuh.

hehe tak salahlah kalau aku selalu buat dadih untuk ash dan seisi keluarga. wakaka :)

4. Air kelapa  muda

Air yang beralkali ini bermanfaat dalam mencegah H1N1. Anda disyorkan meminumnya 2 kali sehari selama 3 hari. Masyarakat Thailand mengamalkan meminum air kelapa muda ini dengan kurma. Iaitu direndam selama 2 jam sebelum diminum.

[..]

Anda Mungkin Meminati:

Oct 2009 16

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielak untuk mengelak dari kesan sampingan ketika hamil.

Makanan Mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

1. Toxoplasmosis

Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayuran yang tidak dicuci sempurna. Ia boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi

2. Cirit-birit

Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara langsung akan memudaratkan bayi sekiranya tidak dirawat segera

3. Jangkitan cacing

Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan bayi

4. Keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan

Salah satu penyebabnya ialah berpunca daripada bakteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik

[..]

Anda Mungkin Meminati:

Perancang Kehamilan
Oct 2009 12

Sekarang Arisha sudah 4 bulan, so sudah masanya untuk aku mencari jenis perancang kehamilan ini. hmm hajat dari dulu hendak menggunakan kaedah Implan. Mudah dan cepat. Sekali saja lepas itu sudah tidak payah pening-pening lagi. Lepas itu, dengar pula kengkawan kebanyakkannya mengambil Suntikan saja. Dua atau tiga bulan sekali. Senang, mudah dan murah. Kalau dikira-kira, kos Implan dengan Suntikan itu lebih kurang saja. Kalau Pil Perancang pula, sudah serik. Dulu guna Pil saja. Sikap tidak konsisten aku makan, tidak makan.. akhirnya lekat Arisha. Kali ini kena betul-betul merancangnya. Maklumlah dua-dua aku ceaser. Urat-urat yang beratus-ratus putus itu sah belum sembuh. Masa untuk kembalikan kesihatan badan dan kesihatan ekonomi rumahtangga pula. :) Oleh itu, aku buatlah kajian tentang kaedah-kaedah perancangan kehamilan ini. Kongsikan.

1. Diaphragm

Kaedah ini menggunakan sejenis alat seperti cawan yang mudah lentur. Keberkesannya mampu mencapai 91%. Ianya boleh bertahan sehingga 2 tahun jika digunakan dengan cermat. Namun, penggunaannya boleh meningkatkan jangkitan saluran kencing (URTI), jangkitan kulat dan faraj serta sindrom kejutan toksin. Ada juga wanita yang mengalami alahan terhadap lateks atau getah, selain bengkak ataupun radang serviks.

Pasti aku tidak mahu menggunakan kaedah ini. Takut….

2. Intrauterine Device (IUD)

Kaedah yang paling digemari. Terdapat dalam bentuk T bersaiz kecil dan bertali halus di hujungnya. Ia selamat digunakan dalam 3 tahun. Ia tidak mengganggu hormon prolaktin sekaligus boleh menyusukan bayi tanpa takut kekeringan susu. Kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah kekejangan, sakit belakang dan haid yang banyak.

Kawan kakak Asid guna kaedah ini. Memang berkesan. Pastuh beberapa bulan tanggalkan, tup2 dapat baby. Sekarang dalam pantang. Oklah jarang anaknya sebelum ini 6 tahun.. hehe :)

3. Implan

Sejenis hormon terkandung dalam tiub kecil yang mengandungi hormon progestron dan perlu diselitkan di bawah kulit bahagian lengan. Keberkesannya sehingga 99%. Selamat bagi yang menyusukan bayi kerana tidak mengganggu peranan hormon prolakin. Kesan sampingannya termasuklah haid tidak tetap, haid terlalu sedikit, keguguran rambut, kurang minat dengan seks, penambahan berat badan dan sakit kepala.

Bunyinya macam bagus kan. Ada yang kata kosnya RM500 hingga RM700 (swasta). Untuk 2 tahun. Kalau dikira dengan kos Suntikan, lebih kurang saja (bak kata Izan). Memang asid hendak guna kaedah ini, tapi takut pula kena operate sikit dekat lengan. huhuhu

4. Kondom

Sejenis sarung daripada getah lembut dan perlu disarungkan pada zakar setiap kali sebelum melakukan persetubuhan. Keberkesanannya antara 80% hingga 90%. Ia akan jadi lebih efektif jika digunakan bersama Spermisid. Kelemahannya ialah masalah kebocoran atau air mani keluar terlebih dahulu sebelum suami menyarungkan alat ini. Malah, ada wanita yang alah kepada lateks yang terkandung dalam kondom berkenaan.

Masih dalam kategori bahaya kalau terbocor. Make sure yang berjenama sikit supaya lebih selamat. Bukan cap ayam punya. [..]

Anda Mungkin Meminati:

Sep 2009 16

Jaundis adalah masalah yang kerap berlaku dan lebih kurang separuh daripada bayi cukup bulan dan antara 80 hingga 90 peratus bayi pramatang atau lahir tidak cukup bulan, mengalami masalah jaundis.

Jaundis terjadi apabila tahap bilirubin yang lebih tinggi daripada normal. Bilirubin pula adalah bahan yang dihasilkan daripada pemecahan sel darah merah.

Selalunya ia bermula selepas hari pertama dan mungkin berterusan selama satu atau dua minggu. dan ia juga lazimnya bermula daripada bahagian muka dan kemudian kulit dada, perut dan kaki, sekiranya tahap jaundis itu kian bertambah atau ketara.
[..]

Anda Mungkin Meminati:

Page 4 of 15« First...23456...10...Last »
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.