Petanda Air Kencing 10
Secara purata, kita buang air kecil 6 hingga 8 kali sehari. Namun kekerapannya bergantung kepada jumlah dan jenis minuman yang diminum. Lebih banyak kita minum air (air masak), lebih kerap kita berulang ke tandas.
Malah, individu yang kerap meminum kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik – yang membuatkan anda sukar berenggang dengan tandas.
Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550ml air kencing. Kita biasanya hendak membuang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200ml, tetapi kapasiti yang normal ialah sekitar 400ml.
Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil adalah baik kerana proses semulajadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan.
Ramai yang tidak sedar, warna dan bau air kencing menjadi petanda kepada tahap kesihatan kita. Ini sebabnya kita perlu memerhatikan sebarang perubahan pada air kencing kita sebelum menarik pam tandas.
1. Warna
Air kencing mengandungi urokrom yang memberi ia berwarna kuning. Warna ini berubah setiap hari dari warna gelap hinggalah ke warna kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing. Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan kita memerlukan air secukupnya bagi membolehkan ia berfungsi dengan cekap. Sebaliknya, jika kita minum cukup air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya menjadi cair dan cerah. baca seterusnya »














































