Persiapan Menjelang Kelahiran

  • Kewangan

Harus dirancang wang yang perlu dibelanjakan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kita. Seperti rawatan dan kos berjumpa doktor, makanan tambahan seperti vitamin, membeli pakaian peribadi yang sesuai, kedatangan keluarga, kos bersalin di hospital, barangan baby, kos rawatan selepas bersalin dan kos rawatan baby.

  • Kesihatan Fizikal

Ibu mengandung janganlah terlalu memikirkan kesusahan yang dihadapi ketika mengandung. Ini kerana di dunia berbillion baby telah dilahirkan dengan selamat dan sihat.

Kesibukan berkerja akan membuat kita lupa kesusahan yang bakal tiba. Anggota badan yang berkerja keras dalam melakukan kerja angota ini juga akan menyediakan ketahanan dalam menampung baby yang semakin besar.Bila otak kita cergas,otak kita juga cergas dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kandungan kia seperti pemakanan, tumbesaran dan daya tahan.

  • Wanita Kerjaya

Wanita yang berkerja harus berkerja sehingga saat bersalin. Cuma perlu berhati2 saat kandungan sudah matang dan keseimbangan badan perlu disesuaikan supaya tidak mudah jatuh. Kecergasan perlu dikekalkan cuma dielakkan melakukan kerja yang merbahaya kepada kandungan.

  • Suri Rumah

Suri rumah juga harus menjalankan rutin harian seperti biasa. Lazimnya surirumah yang cergas akan bersalin dengan mudah. Ibu yang tidur sepanjang hari berkemungkinan akan melahirkan baby yang besar (over weight)

  • Pakaian

Ibu mengandung perlu memakai pakaian yang sesuai dengan perubahan bentuk badan mereka. Jangan terlalu banyak membeli pakaian hamil kerana kita tidak akan menyukainyan selepas bersalin kecuali potongan badan kita kekal seperti ketika kita mengandung.

Amalan Bacaan Ketika Mengandung

  • Surah Al-Fatihah

Untuk terang hati dan kuat ingatan.

  • Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan mendapat anak yang sabar dan taat.

  • Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

  • Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

  • Surah Hujurat

Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

  • Surah Yaasin

Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

  • Surah Al-Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

  • Surah Al-Nahl

Untuk melahir anak yang berdisplin.

Posisi Tidur Bagi Ibu Hamil

Dah masuk usia baby yang makin membesar dalam perut ni tidur langsung tak lena. Pada trimester awal kehamilan,  ibu  mengandung boleh tidur dengan pelbagai posisi atau kedudukan yang dapat memberikan rasa selesa untuk dirinya, kerana perutnya belum membesar. Ibu hamil biasanya mulai cemas ketika memasuki trimester kedua. Namun sebenarnya  ibu mengandung tidak perlu risau.

Kenapa? Kerana sesungguhnya tubuh ibu diciptakan begitu unik sehingga dapat memberikan perlindungan. Selain itu, bagi janin dalam kandungan ibu mengandung tidak akan merasa tak selesa kerana keadaannya  dalam cairan air ketuban dan mempunyai ruang sendiri untuk bergerak bebas. Walaupun begitu, ibu  mengandung  juga harus hati-hati dalam memilih posisi tidur, seperti tips berikut ini:

Tidur Dengan Posisi Tengkurap/ Bertiarap

Posisi ini sebenarnya cukup sesuai untuk ibu hamil. Tapi biasanya peringkat kehamilan trimester pertama, kerana berlakunya pembesaran payudara dan juga keadaan payudara yang lebih sensitif akan  menimbulkan ketidakselesaan untuk tidur tengkurap. Dan ketika perut anda sudah mulai membesar (awal 14 minggu) tidur dengan posisi tengkurap menjadi sangat tidak selesa  kerana anda harus menyokong paha dengan bantal untuk dapat tidur tengkurap kerana perut yang mulai membesar.

Tidur Dengan Posisi Terlentang

Kedudukan ini digalakkan setelah kehamilan berusia 16 minggu ibu hamil untuk tidak tidur terlentang, kerana dengan tidur posisi terlentang Anda akan meletakan seluruh berat rahim ke bagian belakang, usus,   dan vena cava inferior. Tidur posisi terlentang juga dapat meningkatkan risiko sakit pinggang, wasir,dan gangguan pencernaan, dan mengganggu pernapasan dan sirkulasi. Posisi tidur terlentang   pada trimester kedua dan ketiga juga dapat mempengaruhi tekanan darah. Untuk beberapa wanita, dapat menyebabkan penurunan darah yang membuat mereka merasa pening, malah meningkatkan tekanan darah. Pada kes kehamilan bagi ibu yang mengalami tekanan darah tinggi , tidur pada posisi terlentang adalah sangat tidak digalakkan.

Tidur Dengan Posisi Mengiring

Oleh itu kedudukan tidur yang bagaimanakah yang terbaik? Sampai saat ini belum ada penelitian lebih lanjut tentang posisi tidur yang paling selesa untuk wanita hamil. Setelah kehamilan berusia 16 minggu, adalah lebih baik sekiranya ibu hamil tidur dengan posisi mengiring ke sebelah kiri, kerana posisi ini memberi kemudahan untuk bayi anda  mendapatkan aliran darah dan nutrisi yang maksima ke  plasenta kerana adanya vena besar (vena cava inferior ) dibahagian belakang sebelah kanan svina yang mengembalikan aliran darah ke tubuh bahagian bawah ke jantung. Ini juga dapat membantu ginjal untuk membuang sisa produk dan cairan dari tubuh ibu dan dapat membantu mengurangkan pembengkakan pada kaki, pegelangan kaki dan tangan.
Tidur posisi ke kanan juga baik. Anda boleh mengganti posisi ke kanan dan ke kiri untuk membuat tidur anda lebih selesa. Jika anda terbangun di malam hari dan mendapati anda sedang tidur terlentang, Anda jangan  risau kerana anda tidak melakukan sesuatu yang membahayakan bayi anda. Beralihlah kembali  pada  posisi mengiring. Apatah lagi pada kehamilan di usia matang, dimana perut sudah membesar, diikuti dengan keadaan lain seperti kekejangan, sering membuang air kecil, bayi yang menendang perut, rasa asam lambung   yang meningkat akan menyebabkan ibu hamil tidak dapat tidur dengan lena di malam hari, Ini juga disebabkan oleh  ibu megandung.  yang sudah pasti akan berubah kedudukan tidur beberapa kali dan semestinya tidak sentiasa tidur dengan posisi terlentang.
Tip 1: Untuk tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa letakan bantal diantara lutut anda dan satu di punggung anda. Atau anda boleh membeli bantal khas untuk ibu megandung.

Tip 2:Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang.

Sumber : Self Freedom Emotion & www.mengandung.com

Amalan Pemakanan Ibu Mengandung

Tips pemakanan untuk ibu mengandung:

  • Jauhi makanan dan minuman haram.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian ahli sufi ialah:

  • Jiwa menjadi kotor, terganggu ketenangan jiwa, gelisah dan tidak tenteram.
  • Berat untuk melakukan ibadah.
  • Hati menjadi keras, suka dengki, degil, suka membantah dan bersifat kasar.
  • Hati berat untuk menerima kebenaran
  • Susah melahirkan anak.

Antara kesan memakan dan meminum benda yang haram berdasarkan kajian pakar ilmu jiwa ialah:

  • Anak anak akan cenderung mencuri.
  • Anak anak pun akan cenderung makan dan minum benda yang haram juga.
  • Anak anak akan cenderung membuat kerosakan dan pemberontakan.
  • Anak-anak cenderung kepada perkara yang tidak bermoral.

Menjaga dari makan minum yang syubhat, iaitu makanan yang tidak confirm halal dan haramnya, kerana yang tidak pasti itu lebih menghampiri kepada haram.
Jangan makan berlebihan dan sembarangan.
Makan makanan yang cukup zat dan vitamin.
Antara makanan harian yang mengandungi zat dan vitamin yang penting untuk ibu ibu yang mengandung ialah:

  • Zat Besi
  • Kalsium
  • Protin
  • Mineral
  • Vitamin A
  • Vitamin B Kompleks
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Vitamin E

—–>> Petikan http://www.mengandung.com

     

Perkara Yang Perlu Dielak Ketika Hamil

  1. Aspirin atau panadol -> akan menyebabkan jumlah cecair amnion menjadi sedikit, mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi.
  2. Alkohol -> meracun sel-sel di dalam tubuh janin yang sedang membesar.
  3. Litium -> ubat yang berkesan untuk merawat masalah mood yang tidak menentu dan boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi.
  4. Vitamin A -> jika pengambilannya berlebihan melebihi 8000 IU sehari, risiko untuk bayi mendapat keabnormalan urinari dan trak genital semakin meningkat.
  5. Tetrasaiklin -> sejenis antibiotik untuk merawat jangkitan dada, faraj dan ubat jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan giginya berwarna kuning.
  6. Ubat penahan sakit -> boleh menyebabkan penguncupan salur darah penting di jantung bayi yang sepatutnya hanya menguncup selepas dilahirkan.
  7. Rokok -> ia menganggu pengaliran oksigen kepada janin, janin cenderung lahir tidak cukup bulan, kecil, dan ringan, mudah keguguran, bayi cacat atau mati sebaik dilahirkan.
  8. Kegiatan lasak -> seperti bermain tenis, menunggang kuda atau kerja yang memerlukan anda berdiri sepanjang masa.
  9. Minuman -> kurangkan pengambilan minuman bergas, berkafeina, teh herba kerana dikhuatiri boleh mengancam bayi dalam kandungan.
  10. Makanan -> makanan yang dipanaskan semula dikhuatiri mengandungi bakteria dan tidak baik untuk kesihatan. Makanan dalam tin biasanya tinggi kandungan gula, garam, perisa, lemak, bahan awet dan penawar tiruan. Gula boleh menambahkan berat badan.

Tanda-Tanda Hamil

Apabila anda hamil tanda-tanda dan simtom awal ialah:

  • Tidak Datang haid.
  • Payudara anda mungkin menjadi berisi dan puting sensitif.
  • Anda mungkin berasa loya dan muntah-muntah.
  • Anda mungkin lebih kerap membuang air kecil.
  • Anda mungkin berasa letih dan selalu mengantuk.
  • Anda mungkin sering mengalami perubahan emosi.
  • Anda mungkin membenci makanan.

Tanda2 awal bagi wanita yang hamil biasanya ialah ketiadaan haid pada tarikh yang dijangkakan. Jika seseorang wanita itu mengalami kedatangan haid yang tetap dan telah terdedah kepada keadaan yang boleh mengakibatkan hamil, ketiadaan haid menunjukkan ia mungkin hamil. Tetapi wanita yang mempunyai haid yang tidak tetap harus menunggu sekurang2nya 10 hari sebelum berjumpa doktor, kerana pada waktu ini ia tidak dapat memastikan sama ada wanita itu hamil atau tidak. Jika kedatangan haid tidak tetap, ketiadaan haid adalah kurang berkesan untuk mendiagnosios hamil.

Hamil merupakan sebab yang paling lazim berlakunya ketiadaan haid. Di kalangan wanita yang berumur 16 hingga 40 tahun, tetapi kekadang haid terlewat atau terhalang akibat emosi, sesuatu penyakit atau penggunaan ubat-ubatan yang tertentu.

Selain dari hamil, tekanan emosi juga sebab yang lazim bagi ketiadaan haid di kalangan wanita yang sebelum itu kedatangan haidnya adalah normal.

Emosi ini bertindak pada bahagian otak yang mengawal, pelepasan hormon, kebimbangan kerana hamil yang tidak diingini, pergaduhan dengan orang yang dicintai, kerja baru yang sukar, perjalanan jauh.. semuanya boleh menyebabkan ketiadaan haid. Dalam erti kata lain, ia disebabkan tekanan emosi.

Ramai wanita hamil terasa buah dada menjadi besar dan tidak selesa. Sesetengah wanita mengalami sakit di bahagian payudara dan bengkak. Perubahan pada payudara ini disebabkan oleh hormon seks betina estrogen dan progestron yang dihasilkan oleh plasenta. Hormon2 ini menyebabkan pertumbuhan salur dan pundi susu pada buah dada dan menyebabkan lemak2 terlonggok di sekitarnya. Rasa berdenyut2 dan semut2an yang berlaku sekali sekala adalah disebabkan oleh bertambahnya pengaliran darah melalui salur darah yang membekalkan darah ke buah dada. Selain itu, aerola payudara akan berubah menjadi gelap.

Kira-kira separuh dari wanita hamil mengalami loya dan muntah/mual. Biasanya ia tidak begitu teruk dan berlaku di waktu pagi yang turut dikenali sebagai ‘morning sickness‘. Bagaimanapun kadang2 ia menjadi lebih teruk pada bila2 masa. Keadaan ini biasanya berlaku 2 minggu selepas ketiadaan haid dan berlanjutan sehingga 6 hingga 8 minggu. Sebab berlakunya keadan ini adalah kesan daripada peningkatan aktiviti hormon yang mencetuskan toksin di dalam badan. Loya biasanya hilang menjelang minggu ke-12 ketika badan sudah dapat menyesuaikan diri dengan aras hormon yang tinggi. Namun penyebab mengapa ada sesetengah wanita hamil mengalaminya dan ada yang tidak, tidak dapat pula dikenal pasti puncanya.

Dalam peringkat awal kehamilan ginjal bekerja kuat menyebabkan pundi kencing lebih cepat terisi air kencing. Ini pula akan menyebabkan kekerapan membuang air kencing. Peringkat ini ibu2 mengandung perlu berjumpa doktor untuk memastikan kedudukan bayi dalam kandungan benar2 selamat. Untuk mengurangkan kekerapan membuang air ketika tidur dan lain-lain, wanita hamil disarankan supaya menyondong ke hadapan sedikit semasa duduk (atas mangkuk tandas ketika kencing). Ini akan menyebabkan pundi kencing ditekan sedikit supaya saki baki air kecil itu di keluarkan semuanya.

Wanita hamil juga mungkin mudah letih terutamanya di siang hari kerana tubuh terpaksa menerima beban kehamilan di samping beban yang sedia ada. Jadi, cuba dapatkan rehat yang secukupnya. Anda juga dinasihatkan agar mandi sekerap yang mungkin ketika cuaca yang panas terik.

Wanita hamil mungkin mudah mengalami perubahan emosi seperti cepat tersentuh, mudah terasa, mudah marah malah lebih teruk lagi berasa dingin untuk melakukan hubungan kelamin.

Dalam keadaan tertentu, terdapat golongan wanita hamil mengalami masalah untuk makan kerana mereka seolah-olah hilang selera terhadap sesuatu makan. Masalah ini terjadi kebiasaannya disebabkan kekurangan zink dalam tubuh menyebabkan sesetengah makanan, bau atau rasa makanan menjadi ganjil ketika hamil. Jadi, pastikan anda mendapat bekalan zink yang mencukupi dalam setiap menu makanan.

Ujian Pengesahan Kehamilan

Anda sebenarnya boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas yang boleh didapati di farmasi sejak hari pertama anda sepatutnya datang haid. Alat berkenaan akan mengesan human chorionic gonadotrophin (hCG) di dalam air kencing anda.

Sekiranya hormon itu ada, bahan kimia dalam alat tersebut akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya positif atau negatif. Jika anda melakukan dengan betul, besar kemungkinan hasilnya adalah tepat. Namun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Oleh sebab itu, seelok-eloknya lakukan ujian ini di awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian akan lebih tepat.

———————————————————————————————————————–

Asid ada jual buku2 mengenai kehamilan ini dan juga DVD nya. Meh JOIN FB asid untuk maklumat lanjut mengenainya… 🙂

Petikan dari Buku Permulaan Yang Menakjubkan (Dumex (Malaysia) Sdn. Bhd, Panduan Kehamilan , Kelahiran dan Penjagaan awal si manja,  dan Buku Petua Selamat Bersalin, Penjagaan Bayi dan Nama-nama Islam (Norizan Abu Samah)


Bau ketiak lelaki special? betul ke?….

Ada Sepecialnya Bau Ketiak Lelaki
Benarkah bau ketiak lelaki mampu menjadi penawar kepada gejala tekanan yang dialami oleh wanita?Kenyataan ini dikeluarkan oleh Bahagian Biologi Manusia di University Pensyvania beberapa tahun lalu. Kajian dilakukan di sana membuktikan bahawa peluh lelaki membantu kaum wanita menurunkan tekanan melancarkan perjalanan haid.

Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America

Sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja ” diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau lawan sejenisnya. Dalam uji kaji yang dilakukan, wangian semulajadi itu
kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu ia adalah bau peluh lelaki dan hanya diberitahu bahawa mereka sedang menguji satu aroma wangian tersebut. Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diukur. Hasilnya sungguh unik. Selain boleh mencerahkan mood, wangian ketiak lelaki ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang tegang….

Dipetik dari majalah PA&MA…Feb 2004

Moral of the Story

So kalau isteri dok tention tu…lepas balik riadah..calit sikit bau ketiak anda..yang masam tu
insyaallah mood dia ok…….ha..ha…ha…. selamat mencuba…& Kepada para
isteri jangan dok tension sangat…nanti kena cium bau ketiak suami……..

Petikan dari email yahoo yg dipost oleh Mak Jah kite…