Fadilat Sunat Terawih- Bhg 2

Malam 16—>Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17—>Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18—>Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19—>Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20—>Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin

Malam 21—>Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur

Malam 22—>Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23—>Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24—>Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25—>Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26—>Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27—>Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28—>Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29—>Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30—>Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”

—-> Sungguh ‘lumayan’ ganjaran yang Allah Subhanahuwataaala akan kurniakan kepada kita dengan hanya bersolat terawih di bulam Ramadhan. Dengan itu, marilah kita sama2 menunaikannya…

Fadilat Solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .

Malam 1 —>Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
—>Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3—>Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4—>Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5—>Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
—>Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7—>Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8—>Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9—>Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10—>Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11—>Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12—>Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13—>Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14—>Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15—>Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Sambung dimasa akan datang….

Ramadhan Bersinar Kembali….

Most beautiful word = ALLAH,
Most beautiful song = AZAN,
World’s perfect encrylopedia = AL QURAN,
Best Exercise = SOLAT,
Best Diet = PUASA!!! Selamat Berpuasa semua. Lakukanlah dan tunaikah segala amalan kerana ibadah kepada Allah semata-mata….

Image hosted by Photobucket.com

Jika hati sejernih AIR, jangan biarkan ia KERUH. Jika hati seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. Jika hati seindah BULAN, kekalkan ia dengan IMAN…

Wanita- Sekadar Peringatan untuk diri sendiri

Mari kita lihat keistimewaan wanita yang Allah kurniakan rahim ini. Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis yawanya.Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi diakhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah,segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

Huru Hara Akhir Zaman 2

Bismillah [hidayahnet] Edisi KL: Awasi e-mel kiamat suria insani Fri, 10 Jun 2005 01:30:27 -0700 KUALA LUMPUR:

Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian emata-mata.Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.

“Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat. “Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan,” katanya.

Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam. “Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat, qada dan qadar bagi akal manusia juga terbatas,” katanya.Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam. “Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu.

“Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia menghadapi hari itu. “Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki perangai kerana semuanya tidak mustahil,” katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk ‘Tahun Gempar 2005’ itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena gerhana berpasangan pada Oktober.Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.
Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas kematian pemerintah Arab Saudi sekarang. Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwalangit yang menakjubkan pada Ramadan yang juga Oktober tahun ini.

Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana berpasangan pada satu bulan, tahi bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah), Abdul Ghani Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam takwim Islam dan banyak pihak cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.

“Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.
“Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa yang didakwa dalam e-mel itu hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan,” katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana berpasangan. Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat Islam, misalnya, meramalkan peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.

Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai
hal berkenaan, namun mereka yang tidak mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya.Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana tetapi tiada yang berlaku berpasangan pada Ramadan.
“Kejadian grhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.

“Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan
Somalia sebelum ia mati di LautanIndia, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28 peratus saja boleh dilihat,” katanya.

Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat. Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa keinsafan dan mendekatkan diri kepada Allah.
“Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat,puasa dan haji dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti
yang dikehendaki,” katanya.

Buat bakal ayah dan ibu…

Sepasang suami isteri berprofesion yang hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 3tahun,tinggal di sebuah rumah teres mewah dengan dibantu seorang pembantu rumah Indonesia.

Suatu hari suami isteri ini telah membeli satu kereta baru untuk kegunaan seisi keluarga.
Kereta tersebut adalah kereta ketiga buat keluarga ini.

Ketika suami isteri itu pergi bekerja, tinggallah si anak bermain sendirian. Si pembantu rumah pulak sibuk di dapur. Si anak bermain sendiri di halaman rumah dengan pintu pagar tertutup rapat. Si anak menghabiskan masa dengan melukis pada kereta yang baru dibeli itu.

Apabila si ayah dan si ibu datang, terus dipanggilnya si amah, “Bibik, siapa punya kerja
ini ??!”. Ditengking si pembantu rumah dengan marahnya. “Saya enggak tau tuan, saya sibuk memasak di dalam”, dijawab dengan nada takut.

Tiba-tiba si anak kecil berlari turun dari tingkat atas mendapatkan ayahnya dan bertanya
riang, “Ayah, cantik tak lukisan saya kat kereta tu? “.

Mendengarkan pengakuan itu, si ayah terus mencapai rotan lalu memukul bertalu-talu tangan
si anak kiri dan kanan. Tak cukup sebelah atas tangan si anak dihukum, sebelah bawah juga dipukul dengan penuh geram. Si anak menangis. “Ampun ayah…ampun. Saya tak akan buat
lagi…ampun”. Si ibu hanya melihat anaknya dihukum, mungkin kerana bersetuju bahawa si anak mesti diajar.

S
elepas puas dipukul, si amah membawa si anak ke dalam biliknya untuk dirawat. Si amah simpati pada si anak.

Keesokannya, si amah memberitahu majikannya bahawa kedua-dua tangan si anak luka
berbirat. “Hmm…sapukan je minyak gamat!” arah si ayah tanpa ingin melihat
keadaan si anak. Si ibu pun sama.

Hari kedua, si amah melaporkan kepada tuannya si anak demam panas. Si ibu hanya
menjawab, “bagi dia makan ubat demam”. Sedikit pun tidak ada masa untuk menjenguk si
anak.

Hari ketiga, si amah cemas memberitahu bahawa si anak demam semakin kuat. Si ayah dan si ibu lantas membawa si anak bergegas ke klinik.

“Anak encik nie dah kritikal. Kedua-dua tangannya mengalami gangren dan mesti dipotong dari paras siku ke bawah demi menyelamatkan nyawanya”, doktor menerangkan kepada pasangan itu. “Sila tandatangan di sini supaya pembedahan boleh dijalankan segera”, sambil si doktor menghulurkan sehelai borang.

Terpancar rasa menyesal di wajah kedua ayah ibu ini. Dengan rasa berat, si ayah menurunkan
tandatangan sambil si ibu menitiskan airmata.

Setelah seminggu berlalu, si anak berkata pada si ayah “Ayah..saya janji tak akan melukis lagi kat mana-mana…saya janji tak akan buat lagi” Si anak berjanji bersungguh- sungguh. Ayah…pulangkanlah dua-dua tangan saya…macam mana saya nak makan atau bermain kalau begini? Saya janji tak buat jahat lagi… “, rayu si anak.

Si ayah berasa amat sebak sambil dari matanya berlinang air jernih….

Petikan dari Bulletin Friendster…

Maulidur Rasul

Sambutan Maulidur Rasul adalah untuk mengingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan mengajak umat islam di negara ini mengenang serta menghayati sumbangan Baginda dalam semua aspek kehidupan.Rasulullah tiada bersama umatnya hari ini, namun setiap patah perkataan baik berbentuk nasihat,suruhan atau diterjemahkan menerusi perbuatan, kekal subur hingga hari ni.Sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat kebangsaan 1426 Hijrah/2005 Masihi yang disambut hari nie,umat islam diajak mengimbau kembali perjuangan Rasulullah membina tamadun Islam yang sangat dikagumi.

Sesungguhnya,Rasulullah menjadi model terbai kepada generasi hari ni yang ingin mencapai kejayan di dunia dan kebahagiaan di akhirat.Hal ini kerana Baginda sentiasa memikirkan hanya yang terbaik untuk umatnya.

Oleh itu,sewajarnya kita sebagai umatnya mencontohi sifat serta peribadi Rasulullah bagi memastikan kajayaan yang dicapai bukan saja untuk diri,malah masyarakat keseluruhannya.

Allah berfirman bermaksud: �De-mi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan Allah) dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).� (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Diriwayatkan dalam hadis Rasulullah yang bermaksud: �Barang siapa yang membesarkan hari kelahiranku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barang siapa membelanjakan satu dirham untuk maulidku, maka seolah-olah dia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah.

Malah, diriwayatkan juga Imam al-Syafie berkata: �Barang siapa mengumpulkan orang Islam untuk menyambut Maulid Nabi Muhammad dengan membaca maulid dan mengadakan syarahan berkenaannya serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat kebajikan lain, nescaya Allah akan membangkitkan mereka pada hari akhirat bersama dengan wali, orang mati syahid dan orang soleh dan dia akan berada dalam syurga yang penuh dengan nikmat.�

:)acidcun 4ever

Bad Day

First Paper petang, berape lah result yang kite dapat nanti. Harap2 ianya memuaskan. Walaumacam mana pun hari nie merupakan bad day…hari yang menyedihkan buat my sweetheart n his family.. because his grandpa passed away at 710 mlm tadi. Takziah..my sweetheart…Allah lebih sayangkan arwah..

——————————————————————————————–

Mati adalah perkara yang pasti berlaku kepada semua yang hidup. Firman Allah bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati,dan bahawannya pada hari kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu”.(Surah Ali Imran, ayat 185)

Hidup mempunyai dua pengertian iaitu hidup di dunia dan alam akhirat.Hidup di dunia adalah bersatu jasad dengan roh atau jiwa. Sementara hidup di akhirat (mati) adalah apabila roh atau jiwa berpisah daripada jasad.

Pengertian itu diambil daripada firman Allah bermaksud: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya ketika matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).” (Surah al-Zumar, ayat 42)

Mereka yang meninggal dunia pasti akan ke alam akhirat. Orang yang masih tinggal di dunia perlu meneruskan kehidupan dan berusaha mendapat keredaan di akhirat.

Islam sebagai agama yang lengkap lagi sempurna , turut mengaturkan adab yang perlu apabila ada kematian. Antaranya disunatkan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.

Takziah bagi mengingatkan orang yang ditimpa musibah agar bersabar. Begitu juga menyebutkan janji pahala kepada orang bersabar dan dosa bagi orang yang tidak bersabar. Mereka juga diingatkan supaya memohon keampunan kepada Allah bagi si mati. Bagi keluarganya pula memohon supaya dikurniakan pahala berlipat ganda di atas kesabaran mereka.

Allah memerintahkan supaya bersabar ketika seseorang itu ditimpa kesusahan atau musibah. Antara orang yang bersabar itu ialah mereka yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, tidak hilang semangat. Mereka bahkan, segera mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Result test German

Macam biasalah kelas pukul 230 kena datang pukul 1 before zohor sebab mengelak dari lewat ke kelas nanti. Dalam kelas German dapat result listening tempoh hari..9.4/10,6/10 dan 7.5/10. Teruk betul listening tue..entah apa yang dialog tue cakap …tak berapa dengar.Hehehehe
Dann class CSA dapat gak kerta test one.alhamdulillah..banyak jugaklah markh nyer.Hehehe seronok gak hari nie.
Kemudian pergi Kolej Mawar nak jumpa Mus..amik kamera Amir, dia pinjam pergi Singapore last weeand.Dapat gak souvenir(keychain).Then dapat jugak chocolate ..banyak tue..hehehe Malam pulak dekat mawar de karnival.siap ngan pertandingan nasyid lagi.Malas nak pergi sebab amir tak nak lepak2 nie.penat katanya.Tak kisahlah.balik umahlah..study weekand nie de oral german..takutnyer.

—————————————————————————————————–

Bahagian2

Untuk isteri renungkanlah…

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsiaSuami yang menikahi kamu tidaklah semuliaMuhammad saw?..Tidaklah setaqwa Ibrahim Pun tidak setabah Ayyubatau pun Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yangpunya Cita cita membangun keturunan yang soleh…Pernikahan atau perkahwinan mengajar kitakewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamupenghuninya Suami adalah nahkoda kapal kamupengemudinya

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalahpenonton kenakalannya.Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya

Seketika suami menjadi bisa kamulah penawarubatnya Seandainya suami bengis lagi lancangsabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkankita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajarmeniti sabar dan redha Allah swt Keranamemiliki suami yang tak segagah mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.Kamubukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalammenjaga Pun bukanlah Hajar yang begitusetia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadisolehah.. amin…

Justeru itu wahai para suami dan isteri.janganmenuntut terlalu tinggi seandainya diri sendirijelas tidak berupaya

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andaidiri tidak semulia Rasulullah.

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainyakasih tak setulus Zulaikha.

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diritidak sehebat Sulaiman.

DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andaidiri tidak sekuat Hajar

Test1 Ethics

Hahaha..after Mgt classs i have one test. Test one Ethics subject..hehehehe that test so very easy but i can’t anwers that question bcoz i don’t read about it.so i’m very sad……….huhuhuhu think to cry but…..ermss?? what people can say? hahaha like child right..huhuhu sedihnyer.Apa ek maksud khiyar? dan terangkan implikasinya..hahaha senang je kalau tahu meaning dia..klu x tahu meraung lah..hahaha tak pelah..lagikali rajin2 sikit k.betul tak e.t?

—————————————————————————————————-

Petikan drpd email yang diforward oleh wawa

Chapter One
Untuk yang masih bujang & suami.renungkanlah

Sebuah karya yang sesuai untuk semua..bagi yang bujang,
boleh mengambil iktibar..bagi yang belum dan bakal berkeluarga,
boleh belajar, bagi yang berkeluarga,perlu mengajar…

Untuk suami..renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap takbir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan mengajar kita kewajiban bersama

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
Isteri adalah murid kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
saat isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah saw?..
Pun bukanlah Saidina Ali karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh..amin.