Jan 2007 06

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ‘surat berantai’ melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali……FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya selera.

Anda Mungkin Meminati:

Jan 2007 07

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: “Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Abang akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir… “Maaf, apakah abang harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan …” jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu”.

Dengan suara perlahan isterinya berkata, “Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang …”

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya… bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis…

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki… wallahua’lam…

“Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita… INSYA ALLAH.”

Di ambil dari Sini

Anda Mungkin Meminati:

Jan 2007 07

” Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua kita sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak kita sayang orang yang melahirkannya juga?” ” Saya tahu ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan yang baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya. Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan mak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa itu memang wajar.

“Sebaiknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.” “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak keatas menantu. Seperti kisah nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari Nabi Ibrahim kerumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tiada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik istrinya pun mengambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu.

Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Anda Mungkin Meminati:

Jan 2007 07

  • Berdiam diri sambil mendengar bila suaminya sedang bercakap.
  • Sentiasa mentaati perintah suami selagi perintah itu bukan maksiat.
  • Tidak mengerjakan puasa sunat melainkan dengan izin suami.
  • Reda dengan setiap pemberian suami walaupun barang itu tidak mahal.
  • Tidak menolak ajakan suami bila ia ingin bermesra dengannya.
  • Tidak meninggalkan rumah melainkan dengan izin suami.
  • Tidak berlaku curang bila ketiadaan suami.
  • Amanah pada anak-anak dan juga harta suami bila ditinggalkan.
  • Sentiasa bersyukur sama ada menerima nikmat atau pun dugaan dari Allah.
  • Tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
  • Menghormati keluarga suami dan juga kaum kerabatnya.
  • Sentiasa berhias diri bila di hadapan suami sebaliknya tidak berhias bila ketiadaan suami.
  • Memakai bau-bauan untuk suami semasa di rumah.
  • Sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.
  • Menutup penglihatannya ketika di hadapan suami begitu juga ketika ketiadaannya.

Petikan dari sini

  • Menghantarkan suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya bila ia pulang dengan senyuman.
  • Mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
  • Sentiasa menjaga nama dan maruah suami.
  • Sentiasa menjaga kesihatan, kebersihan dan kesempurnaan diri serta rumahtangganya.
  • Melaksanakan tugas sebagai seorang isteri dan ibu serta segala perintah Allah dan suami dengan tabah dan sabar.

Anda Mungkin Meminati:

Jan 2007 09

Suami isteri hendaklah mengetahui dan menyedari perbezaan berikut:

Alam Bujang‘ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang belum pernah melakukan akad nikah yang sah mengikut hukum syarak.

Alam Rumahtangga‘ bermaksud mana-mana lelaki atau wanita yang sudah diakadnikahkan secara sah mengikut hukum syarak.

Tanggungjawab manusia sama ada semasa alam bujang mahupun setelah berumahtangga adalah terhadap Allah, diri sendiri, keluarga dan sekalian makhluk.

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali Imran ayat 112 yang maksudnya:

‘Mereka ditimpa kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).”

Keistimewaan beribadah bagi pasangan yang telah berumahtangga:

+ Solat orang yang berumahtangga ganjarannya adalah 70 kali ganda daripada solat orang yang bujang.
+ Amalan anak-anak yang belum baligh, ganjarannya adalah diterima oleh kedua ibubapanya.
+ Kematian anak yang masih kecil akan menjamin ibubapanya masuk syurga.
+ Memberi makan anak isteri adalah sedekah.
+ Bekerja mencari nafkah adalah jihad.

2. Tanggungjawab Suami:

a. Patuh kepada perintah Allah dan Rasul. Ianya bertepatan dengan Firman Allah Taala yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” An-Nisa : 59

b. Menjadi pemimpin (ketua keluarga) kepada anak dan isteri.
c. Mengajar ilmu Fardu ‘Ain kepada anak dan isteri seperti berikut:
+ Ilmu Tauhid, supaya akidah mereka berbetulan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.
+ Ilmu Feqah, supaya ibadahnya berbetulan dengan syariat agama.
+ Ilmu akhlak, supaya terhiaslah kehidupannya dengan akhlak terpuji.
+ Ilmu Tasauf, supaya ia ikhlas dalam beramal dan dapat menjaga segala amalannya dari rasa riak, ujub dan takabbur.
d. Memberi nafkah zahir seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal dari wang dan punca usaha yang halal.
e. Memberi nafkah batin.
f. Sebagai penasihat dan pemudahcara kepada ahli keluarga.
g. Bertanggungjawab memastikan jalan dan laluan hidup mengikut lunas-lunas Islam.
h. Berlaku adil dan tidak menzalimi anak isteri.
i. Memberi keutamaan kepada urusan kebahagiaan rumahtangga.
j. Memastikan tidak berlaku sebarang kemaksiatan dalam rumahtangga.

3. Tanggungjawab Isteri:

a. Patuh kepada hukum Allah dan Rasul.
b. Patuh kepada perintah suami samada dalam keadaan susah dan senang kecuali yang bertentangan dengan hukum syarak.
c. Sentiasa berhias diri untuk suami sahaja.
d. Sentiasa menjaga diri dan rumahtangga.
e. Menjadi pendorong dan penasihat dalam hal kebajikan.
f. Memahami hal-hal yang digemari dan dibenci oleh suami.
g. Segala tingkahlaku dan perbuatan hendaklah menyenangkan hati suami.
h. Sentiasa mendoakan keselamatan atas suami dan keluarganya dalam setiap waktu terutama selepas sembahyang.
i. Sentiasa menambah ilmu agama dan serta amalan-amalannya dengan gemar membaca, mendengar kaset-kaset syarahan agama, menonton dan mendengar rancangan berbentuk agama di tv dan radio serta mengikuti majlis-majlis ta’lim.
j. Bersifat keterbukaan dan menilai diri.

Petikan dari sini

Anda Mungkin Meminati:

Page 4 of 13« First...23456...10...Last »
Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.