Category Tazkirah

Apa Yang Diharamkan Oleh Allah S.W.T 0

Nov9

Katakanlah: Marilah kamu, aku bacakan apa yang diharamkan Tuhanmu atas kamu, (iaitu) jangan kamu mensekutukan Allah dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa; dan jangan kamu bunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan jangan kamu hampiri perbuatan yang keji, baik zahir atau yang batin; dan jangan kamu bunuh orang yang diharamkan Allah, kecuali dengan hak. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu memikirkannya. (Surah Al-Anaam; Ayat 151)

Dan jangan kamu hampiri harta anak yatim, kecuali dengan cara terbaik, sehingga dia dewasa (baligh); dan sempurnakan sekatan dan timbangan yang adil. Tidaklah Kami memikulkan beban kepada seseorang, melainkan sekadar kesanggupannya, dan apabila kamu berkata, hendaklah berlaku adil, walaupun terhadap kamu kerabatmu sendiri; dan tepatilah janji dengan Allah. Dan demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (Surah Al-Anaam; Ayat 152)

Dapatlah diungkapkan bahawa ada 9 perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T iaitu

  • Syirik : Mensekutukan Allah swt dengan berhala atau kubur dan sebagainya.
  • Derhaka kepada ibubapa.
  • Membunuh anakmu sendiri.
  • Membunuh orang dengan tiada hak.
  • Memakan harta anak yatim.
  • Mengurangkan sukatan (gantang) atau timbangan.
  • Tidak berlaku adil dalam menghukum atau menjadi saksi.
  • Mungkir akan janji Allah swt (perintahnya).

—–Petikan dari Tafsir Al-Quran Nul Karim; Prof. Dr Hj. Mahmud Yunus

Hukum-Hukum di dalam Agama Islam 0

Nov7

Terdapat lima hukum di dalam agama Islam iaitu :

  • Wajib : Setiap orang Islam disuruh wajib mengerjakannya, mendapat pahala jika dilakukan dan berdosa jika meninggalkannya. Sebagai contoh: Sembahyang fardu, puasa, berzakat dsb.
  • Sunat : Setiap perkara yang dikerjakan itu akan beroleh pahala dan tidak berdosa meninggalkannya seperti sembahyang hari raya, menderma dsb.
  • Haram : Mendapat dosa bila melakukannya dan akan mendapat pahala jika meninggalkannya  seperti mencuri, menipu dsb.
  • Makruh : Mendapat pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya seperti masuk ke rumah orang lain tanpa memberi salam dbs.
  • Halal/boleh: Boleh dilakukan dan boleh juga jika ditinggalkan seperti makan kue-kue, petai. (Tiada pahala membuatnya dan tiada dosa meninggalkannya)

Rujukan dari Tafsir Al-Quran Nul Karim; Prof. Dr Hj. Mahmud Yunus

3 Kali Saja Seumur Hidup 0

Aug3

Peace be upon you.
Renung-renungkan dan selamat beramal.

Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah……. .aku bertanya pada Ibu. “Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah….?” Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di
bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah.

Ibu berkata…”Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..”

Keningku berkerut…. ….”Sedikit sekali Allah memanggil kita..?” Ibu tersenyum. “Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu..?” Saya menggelengkan kepala.

Panggilan pertama adalah Azan“, ujar Ibu. “Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak “cepat marah” akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti”.

Saya terpekur…. .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah… baca seterusnya »

Sekadar Menyampaikan 0

Aug1

Pesanan terbaik dari seorang rakan…..

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan.. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. baca seterusnya »

Nangka Sepuluh Tinggal Sembilan 7

Jul30

Muliakanlah Anak Yatim

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak. Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan). ” (Riwayat Bukhari)

Huraiannya:

Akibat kematian ayah atau ibu, seorang anak akan merasakan suatu kekosongan dalam hidupnya. Kosong dari curahan kasih sayang dan segala aspek yang memenuhi keperluan hidup seperti makan, minum, pakaian, dan lain-lain. Ini menyebabkan seseorang anak yatim itu selalu dihantui oleh perasaan sedih dan hampa. Realiti yang ada di tengah masyarakat sekarang menunjukkan bahawa majoriti anak yatim yang tidak mendapat perhatian yang sewajarnya mengharungi kehidupan yang begitu sukar, menyedihkan dan tersisih. Islam, sebagai agama yang menitikberatkan perihal kasih sayang sangat menekankan agar kita mengambil berat terhadap anak yatim sehinggakan al-Quran sendiri secara khusus banyak membicarakan masalah anak yatim ini lebih daripada perihal anak-anak yang lain secara umum.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:

“Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk. Anak yatim yang mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada mereka yang menjaganya semestinya akan merasa bahagia dan aman. Namun sekiranya ia tidak mendapat apa yang seharusnya ia peroleh, hidupnya akan rosak dan hal ini menjadi lebih parah jika ia jatuh ke pangkuan orang yang tidak bertanggungjawab yang mendidiknya secara salah dan membentuknya menjadi peribadi yang merugikan masyarakat.

Allah juga telah berfirman, yang bermaksud,

“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang salat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari salatnya, orang-orang yang berbuat ria, dan enggan (menolong dengan) barang berguna.” (Surah 107 Al-Maa’uun, ayat 1-7)

Kisah di bawah benar-benar menyentuh perasaan. Semoga ia memberi pengajaran kepada kita semua. baca seterusnya »

Blog Widget by LinkWithin

.:: Aku Seorang Isteri & Ibu ::. is powered by WordPress