Afgan – PadaMu ku Bersujud

Salah satu lagu Tema dalam Janji Kekasih.

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa kulihat
Selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari
Segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
PadaMu

Dating Berdua Dengan Hubby ~ 3D Avengers @ Space U8

Assalamualaikum,

nak cuba nasib?? cuba lah klik gambar di atas ni… untung2…

Terima kasih sebagai pembuka cerita ini ditujukan buat warga seksyen 4 kerana sudi jaga anak-anak supaya mak dan bapaknya boleh keluar dating berdua.

Agak lama tidak berdating berdua ini ya. haha saja ajelah tergoda dengan cerita Avengers ini, macam-macam dengar feedbacks yang memberansangkan tentang movie ini.


So, Papa suggest pergi MBO yang baru buka di Space U8, Shah Alam . Masih baru dibuka november lalu, kedai pun belum penuh. So far [16/5/12] kalau pergi still rasa nyaman dan mendamaikan sebab belum ramai orang lagi. Apa yang paling menarik sekali disini, yang membuat Asid kagum amat, tersenyum memanjang ada rekabentuk, hiasan dan pembinaan ruang solat a.k.a SURAU. Pembentukan kedamaian jiwa dengan adanya elemen air keliling, dengar air mengalir ketika solat.. best tau.

Lepas solat baru masuk wayang dan buat wayang, 3D avengers.. siap berspek gelap. haha yang kelakarnya ada 5/6 orang aje yang tengok sekali kitorang. Siap pilih2 kerusi nak yang mana. Kami lurus beli yang couple, dulu yang couple lah kan. Sejukkkks.

nampak tu?? jauh duduk belakang..

Lepas tengok wayang, lepak kejap sambil minum air pepsi, di tgh2 mall ini.. air pancut… 🙂

Hoore Hoore : Sudirman

Klik untuk Info Lanjut mengenai Konsert Kenangan Sudirman!

Jangan lupa menonton filem Hoore! Hoore! dan menghayati lagu-lagu nyanyian Allahyarham Sudirman semula.

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini akan menemui penonton pada 2012.

Insan Yang Mulia : VOice Of Ummi

Assalamualaikum,

Pagi-pagi sudah dengar lagu yang menyentuh kalbu ini di IKIM, so surf lah lirik dan penyanyi untuk lagu yang meruntum jiwa ini..

Semua orang ada ibu bapa kan? walaupun tidak dibesarkan oleh ibu ayah sendiri.. namun kasih sayangnya tetap terasa.

“Biar jauh dimata tapi dekat dihati kan”

Insan Yang Mulia

Sanggup berkorban jiwa dan nyawa,
Sanggup meredah setiap derita,
hanya semata ingin melihat
anaknya bahagia….

pada solatnya tak pernah lupa
doa kepada yang maha esa
moga anaknya diberi berkat
sepanjang usia…

Insan yang mulia
yang dinamakan ibu ayah
kasih nya khusus
membersarkan kita semua

Janganlah kita,
walau sesaat menderhaka
sesungguhnya, tinggi nilai pengorbanan,
ibu ayah

“The Walking Dead” Season 2

Salam,

Sekarang Jumaat malam ada aktiviti menonton telivisyen FOXMOVIE @ astro. Cerita ‘the walking dead season 2″. Cerita berseri ini best jugak kan. Tinggal lagi 2 episod lagi untuk final.

Masa 1st episod tu ada ter-miss sedikit tapi oklah kan. continue tengok tiap-tiap minggu. Bagaimana sekarang nak tengok dari mula semula sehingga final pun boleh sebab den sudah dapat link nya haha.

Pendapat mengenai cerita ini:

sangat best. lagi best kot dari 2ombi pokok pisang.. citer kita citer lawak.. tapi yang ini.. seram, aksi.. uish. rugi juga lah kalau saja2 untuk miss kan tengok series ini, kalau korang berminat.. silakan watch this movie now.

The zombie drama, based on the graphic novels created by Robert Kirkman.

The world we knew is gone. An epidemic of apocalyptic proportions has swept the globe causing the dead to rise and feed on the living. In a matter of months society has crumbled. In a world ruled by the dead, we are forced to finally start living. Based on a comic book series of the same name by Robert Kirkman, this AMC project focuses on the world after a zombie apocalypse. The series follows a police officer, Rick Grimes, who wakes up from a coma to find the world ravaged with zombies. Looking for his family, he and a group of survivors attempt to battle against the zombies in order to stay alive. The Walking Dead is an epic, edge-of-your-seat drama where personal struggles are magnified against a backdrop of moment-to-moment survival. A survivalist story at its core, the series explores how the living are changed by the overwhelming realization that those who survive can be far more dangerous than the mindless walkers roaming the earth. They themselves have become the walking dead.

Liyana Jasmay Bertunang

Salam, sekarang orang duk citer pasal scha yahaya dengan awal.. tapi kisah Liyana ini juga yang menjadi perhatian aku.

Kekadang seronok dengar artis yang tidak terlalu kecoh menceritakan hal terlalu peribadi ini bertalu-talu. Sekali dengar seronok, kalau beribu kali.. rasa macam dah basi. huhu sorry to say

Berbalik kisah pertunangan ini, asid copy paste ajelah ye..

Majlis Pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay (LJ), 24,dengan jejaka pilihannya , Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulangtahun kelahiran LJ yang ke 24 tahun.

Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.

Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.

Liyana Jasmay mengenakan sepasang persalinan berwarna putih gading pada majlis pertunangannya itu. Pakaian bertunangannya itu dianggarkan berharga RM10,000, direka oleh Rizman Ruzaini dan ia berkonsep gaun Puteri Diraja Inggeris menggunakan fabrik ‘Valentino Lace’.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Scha, Awal, Farish Aziz dan Tam.

Pelakon Liyana Jasmay membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan Fathuddin Mazlan,28, yang juga seorang ahli perniagaan pada Januari tahun depan selepas menamatkan kursus jangka pendeknya di New York, Amerika Syarikat (AS).Gambar dari Gua.com.my

 

Tentang Dhia Episod Akhir

Assalammualaikum,

Aduhh semalam banyak tengok status facebook mengenai Episod Akhir Tentang Dhia. Macam-macam jenis status. Sedey.. Ucapan semoga bahagia sepenuhnya. Maaflah ek den memang langsung tak tengok citer ni sekali pun.

Bila dengar episod akhir tuh, barulah beria sikit nak tengok

*Ada juga komplen kata, menyayati cerita yang melalaikan tu.. khusyuk sangat. Kalau bab menyayati perjuangan-perjuangan saudara islam kita di Palestin dan sebagainya.. yang realiti tuh..takdelah sehebat ni. Allahuallam.

‘Ra One’ Best Giler

Assalammualaikum,

Lama tak update, Alhamdulillah sibuk dengan bisnes cadar, tudung, sauna dan Aura Maya serta produk skin care Kayla. Syukur sibuk itu bermaksud adalah juga yang masuk tu ye. ^_^

Kali ini nak citer pasal movie Ra One.  Lakonan Kareena Kaapor dan semestinya actor bollywood pujaan hati Shah Rukh Khan eh sorry Dato’ Shah Rukh Khan.

Cerita dah tengok 2 minggu lepas dekat Astro First, masa penonton ramai ni seronok tengok. hehe dalam masa 2 hari tuh, budak2 ni asyik tengok Ra One memanjang. Onn aje tv sure channel 490. sabar jelah. Den pun ikut sekali hehe

Cerita mengisahkan Ra One. Watak jahat dalam game ciptaan.. boleh muncul ke dunia semata-mata ingin mengalahkan musuhnya jucifer. Nak kalahkan Ra One, Jucifer keluarkan G One a.k.a Shahrukh Khan.

Nak tahu details.. korang boleh tengok sendiri cerita ni ya. Best bg peminat2 hindustan macam Asid ni. haha

akhir kata meh layan jap lagu glamor dalam citer Ra One ni iaitu Chamak Challo. ^_^