Ramai ibu bapa yang tidak boleh tidur lena di malam hari kerana anak sering menangis. Perlu diketahui bayi yang baru lahir masih belum dapat membezakan malam dan siang. Mereka cuma tahu apabila mereka perlukan sesuatu mereka akan menangis. Bayi yang baru lahir juga perlu disusukan dengan lebih kerap sama ada pada waktu siang atau malam bagi memenuhi keperluan mereka.
Tahukah anda, bayi baru lahir mempunyai perut sebesar sebiji kacang peas? Sebab itulah bayi minum sedikit tetapi kerap. Perut yang kecil itu menyebabkan susu dihadam dengan cepat tetapi tidak dapat menampung susu yang banyak dalam satu masa.
Walau bagaimanapun perkara ini tidak akan berpanjangan sekiranya anda dapat melatih bayi anda. Sebagai contoh, pada waktu malam pasang lampu kecil, cipta suasana yang suram atau susukan sambil baring. Manakala pada waktu siang biarkan suasana cerah, cuba bermain dan bercakap dengan bayi apabila dia membuka mata. Ini akan memperkenalkan bayi dengan malam dan siang.
Lama-kelamaan bayi akan semakin faham dan akan tidur lebih lama pada waktu malam dan lebih banyak berjaga pada waktu siang. Hargailah masa yang sekejap ini kerana anda tentunya akan merindui saat itu. Sentiasa tanamkan fikiran yang positif. Semoga keluarga yang dibina juga akan turut menjadi positif.
1. Pengambilan dalam tempoh lama sebabkan haid sikit dan berhenti
Semua pil perancang keluarga seperti Regividon boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi.
Setiap bulan ovulasi perlu terjadi untuk haid yang normal iaitu lima hingga tujuh hari, jumlahnya 30 mililiter setiap haid dan ia berlaku setiap 28 hari. Apabila ovulasi terhalang, menyebabkan dinding rahim/emdometrium menjadi nipis.
Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti. Haid yang berlaku ketika pengambilan pil perancang keluarga adalah kerana hormon estrogen dan ‘levonorgestril’ yang ada di dalam pil itu.
Bagaimanapun, ia tidak perlu dirisaukan ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa.
Diingatkan bahawa pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Oleh kerana itu , Doktor menyarankan supaya melakukan saringan ujian lumuran pap untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim.
Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
2. Tekanan Darah Tinggi (Hypertension)
Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil hormon tidak kira untuk merancang keluarga atau selepas menopaus. Pil perancang keluarga mempunyai hormon. Oleh itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh langsung mengambil pil perancang tetapi kalau ada alternatif lain yang tidak menggunakan hormon adalah digalakkan.
Ada beberapa cara yang tidak menggunakan hormon iaitu alat dalam rahim/IUCD, mengikat saluran peranakan dan kondom. Di antara tiga ini Doktor mengesyorkan mengikat saluran peranakan kepada ibu-ibu yang juga pesakit darah tinggi dan sudah mempunyai ramai orang anak. Mak cik Asid dah ikat, tekanan darah dia memang tinggi, hari2 kena makan ubat, pulak tuh anaknya empat2 ceaser.
Sumber : Berita Harian (Dr Suhaimi Isa, Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Ampang.
3. Pil perancang tidak menyebabkan barah
Banyak kita dengar kesang pengambilan PIL PERANCANGAN dalam masa yang lama akan menyebabkan kanser rahim. Ada juga mengatakan bahawa ia KATA-KATA dari doktor. Ikuti penerangan dibawah oleh pakar sakit puan Dr Adilah Pusrawi.
JIKA benar pil perancang menyebabkan kanser rahim, ini adalah penemuan baru.
Ini kerana banyak kajian sebelum ini mendapati pil perancang berhormon kombinasi sebaliknya melindungi wanita daripada kanser rahim (endometrium) dan kanser ovari.
Wanita yang pernah mengambil pil perancang didapati mempunyai penurunan risiko kanser rahim dan kanser ovari sebanyak sehingga 50 peratus bergantung kepada lama tempoh penggunaannya.
Malah, kesan penurunan risiko kanser ini masih berterusan sehingga beberapa tahun walaupun setelah wanita ini berhenti mengamalkan pil terbabit.
Jarang untuk wanita seusia [35] anda mengalami menopaus. Jika benar, ia dinamakan menopaus pramatang. Ketiadaan haid mungkin disebabkan oleh gangguan hormon.
Eloklah anda berjumpa pakar sakit puan untuk menjalani pemeriksaan dan ujian berkaitan sebelum melabelkan anda sebagai menopaus. Ciri-ciri fizikal pada bahagian kemaluan dapat memberi gambaran mengenai keadaan anda.
Saiz rahim dan ketebalan lapisan haid (endometrium) serta saiz ovari dan kehadiran kantung telur juga dapat membantu. Kadangkala ujian terbabit juga perlu diulangi untuk memastikan kesahihannya.
Jika anda tidak lagi menginginkan kehamilan, anda juga boleh berbincang dengan doktor mengenai pilihan kaedah perancangan yang sesuai, sama ada kaedah kekal (mengikat tiub fallopio) ataupun kaedah sementara yang berkesan seperti implan, suntikan, alat dalam rahim dan pil.
Mari sihatkan diri seluruhnya dengan mengamalkan petua2 kesihatan
Info tambahan : SUNTIKAN PENCEGAH KEHAMILAN
Kesan Alahan terhadap suntikan tersebut. KESAN alahan boleh berlaku ke atas mana-mana ubat mahupun makanan. Terdapat dua jenis suntikan pencegah kehamilan di pasaran, sejenis setiap 12 minggu dalam pelarut berair dan sejenis lagi pula setiap lapan minggu dalam pelarut berminyak.
Anda mungkin mengalami alahan terhadap suntikan ini, ia boleh berlaku, tetapi dalam peratusan yang sangat rendah.
Jika anda mempunyai tindak balas alahan terhadap sesuatu, tidak semestinya keturunan anda juga mempunyai tindak balas alahan berkenaan.
Sekiranya anda juga mula mengambil atau menggunakan sesuatu pada waktu yang sama anda mula menggunakan suntikan terbabit, alahan sebenarnya mungkin berlaku terhadap bahan itu.
Jika sebenarnya anda mempunyai alahan terhadap suntikan pencegah kehamilan, maka bertukarlah kepada kaedah pencegah kehamilan lain.
Terdapat kaedah lain yang juga sangat berkesan dan tidak mengurangkan pengeluaran susu badan. Petikan: hmetro.com.my
Fakta tentang PIL PERANCANG : Pil Perancang tidak mengubati anovulasi, ia hanya menjadikan kitaran haid seseorang teratur. Tidak salah jika ingin mendapatkan pemeriksaan doktor mengenai tahap kesuburan anda.
Alhamdulillah,
Pagi ni ada 3 orang Encik Posmen datang hantar barang. First.. pos ekspress ada dua sampul. Isinya
dari eT
Terima Kasih daun keladi. Nanti bagi lagi.. hehe. Katanya nak datang rumah, nak pos sendiri hadiah harijadi Asid yang lepas. Tak sempat sebab dia dah deliver baby boy pada 9 April yang lepas. Tahniah buat eT sekeluarga. Penantian berakhir!
Sampul ke dua pula dari kawan maya facebook.. Kak Maria. Kenal2 sebab mempunyai hobi yang sama iaitu mengumpul FM. Kak Maria ni pembeli dan pejual FM. Sume hebat2 koleksinya berbanding Asid ni.. huhu. Asid ni pengumpul FM yang biasa2 jerk, yang budget di beli, kengkawan yang baik hati kasi dan menang beberapa FM dari giveaway/contest.
Harganya?? biarlah rahsia
Pastu, Encik Posmen dari Poslaju hantar bungkusan comel pulak.
Dari ISMI
3 Kotak Bedak Ronasutra yang Asid menang dari Giveaway Raih Undi Ismi pun dah sampai. alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kepada penganjur. Ada 3 jenis tuh iaitu Sawo Yellow, Natural Buff dan Honey. Tak tahulah yang 3 ini sesuai ke tidak dengan kulit muka Asid. Sebab asid guna cream peach. Kalau tak sesuai, Asid bagilah sesiapa..
Lastly Encik Posmen dari poslaju juga datang, hantar borang poslaju yang dah kehabisan. Alhamdulillah penjualan Jersy Selangor 2011/2012 ni berjalan lancar. Kalau yang belum order tuh, meh jeling2 di sini.. klik gambar di bawah
Assalammualaikum,
Selepas beberapa minggu Hari Lahir saya, baru hari ini berkesempatan untuk Open Table dengan family terdekat. Buat menyambut tarikh kelahiran Asid [27 Mac] dan Ashraf [23 Mac]. Kiranya ini 2 in 1. Teringin jugak nak open table dengan Kak ja dan abg Me2ah after this. moh kita!!
Tahun ini, celebrate birthday Asid dan Ashraf di Kenny Rogers, Pla2a Shah Alam. Memang tidak pernah makan di sini sebab hubby den tidak berapa berkenan ke sini [sebab sesak ramai orang], in case ada hal betul2. hihi
So, paling dekat dengan rumah di sini.. biasa makan di Subang Parade. Tempatnya jauh selesa berbanding sini. Makanan sana rasanya lebih fresh.
Bagaimanapun, lalu aje makan.. sampai licin pun. Maaf kali ini tidak mengambil gambar makanan2 yan diorder. Cuma korang imagine ajelah standard yang korang biasa makan.. ayam, black peppers, aiskrim submarine untuk anak2… ais lemon tea, coke no sugar.. dan lain2 sikit.
Cuma gambar ini aje ada. Nak gambar cantik2 dengan canon canggih. insya-allah kalau tuannya sudi upload ke den ya.
posisi bergambar tidak sesuai. sian adik tak nampak mukanya
ini pula hadiah dari my SIL dan suaminya.
Thanks. Siap satu family dapat hadiah tuh. Thanks juga buat my MIL bagi hadiah last week. Kak Na maybe pos hadiah kepada Ashraf dari jauh [ada masa nanti den ambil gambarnya]. ^_^ love all.