Category Kehamilan

Betulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan 0

Jul15

Tip ini Asid baru jumpa dalam majalah Pa&Ma edisi Julai 2009. Kalau dulu dengar2 petua dari orang tua-tua je iaitu suruh mak bidan pusingkan, banyakkan berjalan dan paling penting banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.

Antara tip-tipnya ialah:

  1. Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang.
  2. Elak silang kaki - Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul.
  3. Temukan tangan dan lutut - Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk.
  4. Duduk dengan kaki terbuka - Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang).
  5. Amalkan ÜFO - Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.

Bermula Episodnya Berpantang 0

Jun5

Awal pagi, aku dan Papa pergi tengok Arisha di hospital. Nak menyusukan dia dan tengok kalau- kalau boleh bawa balik. Hampa juga, kuningnya masih tinggi. Kena tinggal semalaman lagi. Harapnya esok boleh keluar.

Ari6days

Arisha 6 days

Bermula hari ke 4 selepas kelahiran Arisha, bermulalah episod berpantang anak ke dua bagi aku. Kalau di hospital tak berpantang pun, makanan yang selalu aku minta adalah bubur ayam. Itu sajalah yang berani aku ambil, kalau minta nasi tak tahulah pula dia masak bubuh kan. Masa berpantang sikit sebanyak aku kawal makan. Maklumlah ceasar ni. Lukanya besar, kalau tersalah makan benda gatal, susah nak garu.

Berpantang kali ini, sama macam yang lepas. Berpantang dirumah mentua di Shah Alam. Kalau ikutkan plan bersalin normal, nak juga aku merasa berpantang di rumah mak sendiri. Lagi syok kan. Apakan daya, ceasar lagi. Nak bergerak jauh pun susah, dibuatnya apa-apa hal terjadi nak turun ke KL balik, take time. 4 jam perjalanan.

Masa berpantang ini, hari-harilah aku makan ikan haruan bakar (mencepatkan proses pemyembuhan luka ceasar), dengan nasi berkuah (sup, kari, kurma.. semuanya aku rembat), sayur pula tak makan (itu pasal lah aku asyik sembelit aja).

Selain daripada makan pelbagai ubat yang dibekalkan oleh hospital, aku ambil juga supplement lain macam Healin. Kali ini aku ambil perisa oren (masa ash dulu, original). Segala macam akar kayu yang beli dalam set bersalin itu, tak buat pun. Takut panas. Lepas berpantang aku ambil.

Selain itu, aku guna losyen mustajab pati halia. Lepas mandi aku sapukan dekat seluruh badan (kecuali tempat luka). Panas dan berangin. Best je rasa. Di samping memanaskan badan, ianya juga dapat menguruskan badan dan membuang aangin dalam badan. InsyaAllah.

Masa berpantang kena jaga supaya tak masuk angin. Tak boleh biar perut kosong.  Sekurang-kurangnya makan biskut time  lapar. Bila mandi pula kenalah mandi air panas. Kalau tak sedap badan, lap aje badan dengan air suam. Masa berpantang ini, adalah juga 2 kali aku demam sebab mandi air sejuk dan kurang minum. Badan panas tapi rasa sejuk.

Checkup Minggu 35 0

May27

2 minggu sudah bersilang, kini tibalah checkup perut untuk minggu ke 35. Tekanan darah sudah normal 120/70, tidak  sama macam yang lepas 120/50, kedudukan kepala baby sudah mengiring ke tempat yang sepatutnya, better than before. Air ketuban still cukup, tak adalah banyak sangat, uri diatas, tali pusat tak ada dileher baby, denyutan nadi baby okay, baby dah 2.8 kg so next week maybe 3.0kg (kebiasanya kena tambah 500 g iaitu berat sebenar kalau baby dah keluar).. so semuanya okay. Dr kata tak ada sebab untuk bersalin secara ceasarean. Alhamdulillah. :)

So, kalau di ikutkan berat baby dah 3.3kg. Macam besarlah pulak. Harap-harap tak susah ler time bersalin nanti. Selepas ini, kena checkup seminggu-seminggu pula. Mean, next week 3 june. Tarikh azimat tuh, Papa Ash ingat ke tidak?? hehe

Checkup Minggu 33 : Tekanan darah rendah 8

May13

Lama tak update blog ini, bukan apa tak ada masa. Kalau malam pula dah rasa penat sangat. Hampir 2 minggu jugalah tidak mengadap laptop ni.

Checkup kali ini ada berita kurang sedap sikit, itu pasal lambat je nak update. hehe bukannya apa.. cuma tekanan darah rendah je. Kalau dulu time dekat nak bersalin tuh, tekanan darah tinggi sebab takut… Dr cakap. Ini tekanan darah rendah, Dr tak adalah kata membahayakan cuma dia rasa pelik je. “Kenapa tekanan darah rendah pula? hehe tak pe, next time kita tengok lagi tekanan darah kamu, harap-harap okay.”

Kalau tekanan darah rendah ni kena jaga diri lain sikit ler. Tak boleh bangun mengejut, duduk dulu then bangun slow tambahan lagi kalau tengah mencangkung. Kalau masuk bilik air tak leh kunci, takut nanti gelap mata (pengsan). Tapi kalau pengsan macam mana ek time Papa pergi kerja. Yang ada cuma Ashraf je. Harap-harap tak adalah masalah macam ini berlaku. InsyaAllah.

Alhamdulillah checkup yang lain2 okay. Walaupun kedudukan kepala baby ke bawah namun belum lagi dalam kedudukan yang sebetul-betulnya, Dr kata jangan risau. Bila tiba masanya nak bersalin, dia akan betul duduknya.

27hb ini datang checkup lagi. Masa tuh dah masuk 9 bulan kot. aiseh kejap je masa berlalu. Semakin berdebar pula rasanya.  :)

Pemakanan Ibu Hamil 2 0

KEHAMILAN adalah detik yang istimewa bagi insan bergelar ibu. Jadi, usahlah sia-siakannya dengan mengabaikan pemakanan sepanjang tempoh kehamilan. Ketahuilah enam perkara berikut bagi kesejahteraan janin yang dikandung.

  1. Bagi wanita hamil, amalan pemakanan sihat amat penting. Ia mempergaruhi sumbangan kepada perkembangan dan tumbesaran janin. Oleh itu, demi cahaya mata yang bakal lahir, sentiasa pastikan kalori yang diambil datang daripada makanan yang bernutrisi.
  2. Sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan produk susu rendah lemak adalah antara sumber diet yang seimbang. Pastikan ianya sentiasa terkandung dalam pemakanan anda setiap hari.
  3. Janin di dalam rahim memerlukan bakalan kalsium yang tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Oleh itu, si ibu perlu memenuhi tuntutan tersebut harus berusaha untuk meningkatkan pegambilan kalsiumnya. Antara sumbernya ialah susu, yogurt, soya, bayam dan badam.
  4. Zat besi penting bagi kalangan wanita hamil selain mustahak untuk perkembangan janin lantaran fungsinya dalam penghasilan hemoglobin. Tanpa hemoglobin yang mencukupi, tubuh gagal menghasilkan sel darah merah dalam jumlah yang memadai. Umumnya, zat besi mudah didapati dalam telur, daging, salmon dan buah-buahan kering.
  5. Banyakkan makanan berprotein kerana ia amat diperlukan demi kesihatan dan perkembangan otak. Selain itu, ia juga untuk pembentukan tisu bayi. Umumnya wanita hamil memerlukan 60-80gram protein setiap hari menerusi pemgambilan susu, keju dan tauhu.
  6. Pengambilan diet dari sumber ikan dan makanan laut sememangnya baik untuk wanita hamil dan bayi dan kandungan. Lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan bagus untuk perkembangan otak.

Gizi Seimbang Untuk Wanita Hamil

(Seri Dewi & Keluarga, Mei 2009)

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22