Category Abang Ash

Kenduri Kahwen Depan Rumah 0

Assalammualaikum,

semalam kenduri kahwen rumah jiran. Pergi dengan anak2 makan nasi minyak. Tema color pink purple, so kitorang masing2 pakai baju purple.

Apa yang menarik, boleh pulak hari ni semangat nak beratur panjang untuk dapatkam Kambing Biri Biri Panggang. Almaklumlah duduk makan depan meja daging panggang tuh, baunya menusuk hingga ke kalbu. haha

Inilah rupanya biri2 panggang tersebut, roti.. salad dan lain2 tak sempat sebab orang last beratur masa tuh.. kalau nak.. boleh aje tunggu lagi. Apapun rasanya memang best, balik rumah pun tergiang2 bau daging panggangnya tuh. haha

Subahanallah.

DUMEX – DUGRO 6

Assalamualaikum,

Kali ini cerita pasal susu budak2 ni, mereka minum susu DUMEX DUGRO 1-3tahun dan 4-6tahun.

Buat pertama kali dalam sejarah, setelah 4 tahun Ashraf minum susu DUGRO ni, inilah kali pertama kami dapat free gift.

Haha so excited, sampai yang ni pun nak cerita kat blog. hehe bukan apa, kat kampung Asid pun ada pinggan DUMEX yang berusia 4otahun lebih. Sebab nenek Asid dapat pinggan tu semasa Pak Cik Asid minum DUMEX. haha lawak2.

design2

Dapat 6biji mangkuk ni sebab beli 6 bungkus. Ada dua design dapat. Tak sure kalau ada design yang lain. Lepas ini kalau beli lagi, sure free gift ni dah habis.

Selalunya macam tu lah kalau beli kat Giant. Bungkusan promotion berlambak lagi kat rak, free gift 2 hari dah habis. Paham2 jelah ek. Kalau Asid kerja Giant pun mesti rembat sebiji 2. wakaka teruk benor!

Jalan-Jalan ke Langkawi 6

Ini kali kedua Asid menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. 1st time dulu masa honeymoon. Pergi berdua, kali nih berempat. Bawa anak-anak sekali makan angin sempena anniversary kami yg ke-5. Makanlah angin tu sampai kembung ye. hehe.

“Semoga hubungan cinta kami berkekalan hingga ke syurga”. Insya-Allah

16 June 2011 : Gerak dari KL Sental ke Arau

Naik keretaapi cabin no2. Pada jam 9.15 malam [Khamis Malam Jumaat]

 

17/6/2011 : Dari Arau ke Pulau Langkawi :)

Sempat bergambar di stesen keretaapi Arau. Sampai Jam 8.15 pg

Lewat!! sebab keretapi rosak dalam perjalanan.

Naik kereta sapu ke Jeti Kuala Perlis.

Peace. Tenang menunggu turn nak naik Ferry!! Jam 10.30 pagi Jumaat.

Naik Ferry selama lebih kurang 45 minit.

Dah sampai ke destinasi. Ambil kereta yang sudah booked untuk 2 hari. Kereta kecik aje cukuplah kan untuk kitorang 4 beranak. [Cas sewa memang dah naik sgt.. huhu]

Sebelum check-in hotel, jalan2 di Dataran Helang jap.

Ashraf nak ke toilet. MAN? seorang lelaki. Jarang nampak cam gini!

Check-in Holiday Villa Langkawi!! jam 3 petang.

Syoknya tido. Bilik lebih kurang cam gini, ni gambo google aje. :)

Naik Langkawi Cable Car Jam 5 petang! Boleh dapat diskaun 50% dalam RM50 gitu.

Tak kira dah kat tempat sejuk, 700 kaki tinggi dari paras air laut.. makan aiskrim. huh penat giler naik tangga

Budak2 ni memang pantang nampak mainan, sure nak naik!

Dinner ikan bakar @ Restoran Haji Jelani.. uish harga.. dasyat!

18/6/2011 : Jalan2 keliling Pulau Langkawi

Island Hopping Jam 9 pagi Sabtu

Naik bot. Masing2 cuak..

Tasik Dayang Bunting. Sempat ambil air untuk Kak Ja

Bina Istanaku @ Beras Basah

Lunch : Nasi Campur

Kota Mahsuri! Masuk RM5 seorang

Lepas ni aktiviti shopping! Rambang mata sampai tak de masa nak snap gambo. wakaka. teruk benor!

Lagi pulak hanset di masuki air laut manis huhu gara2 mandi di Pantai Chenang.

huhu ada tak sesiapa yg de handphone lebih? silalah derma kepada saya.

wakaka :)

Kenduri Di Kejiranan 4

Assalamualaikum,

Hari ini ada jemputan kenduri kahwin dekat perumahan ini. Walaupun tak pernah bersua dengan tuan puan rumah tersebut, masa ni lah nak bersua kenal. hehe :)

Macam biasa, sekarang cuti sekolah pastu musim panas terik, Arisha basah dengan peluh, muka habis merah panas huhu. Kesian Adik.

Anniversary ke 5 4

Alhamdulillah syukur.. Mahligai yg dibina bersama Amir Shariffuddin baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hidup ditemani anakanda2 tersayang, Putera seorang Amir Ashraf Amir Shariffuddin, Puteri seorang Nur Arisha Amir Shariffuddin. Semoga kebahagiaan dan kemakmuran hidup syurga dunia ini sentiasa dirahmati Allah selalu dan berpanjangan hingga ke pintu syurga. Insya-Allah.. aminn..

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22