Bermula Episodnya Berpantang

Awal pagi, aku dan Papa pergi tengok Arisha di hospital. Nak menyusukan dia dan tengok kalau- kalau boleh bawa balik. Hampa juga, kuningnya masih tinggi. Kena tinggal semalaman lagi. Harapnya esok boleh keluar.

Ari6days

Arisha 6 days

Bermula hari ke 4 selepas kelahiran Arisha, bermulalah episod berpantang anak ke dua bagi aku. Kalau di hospital tak berpantang pun, makanan yang selalu aku minta adalah bubur ayam. Itu sajalah yang berani aku ambil, kalau minta nasi tak tahulah pula dia masak bubuh kan. Masa berpantang sikit sebanyak aku kawal makan. Maklumlah ceasar ni. Lukanya besar, kalau tersalah makan benda gatal, susah nak garu.

Berpantang kali ini, sama macam yang lepas. Berpantang dirumah mentua di Shah Alam. Kalau ikutkan plan bersalin normal, nak juga aku merasa berpantang di rumah mak sendiri. Lagi syok kan. Apakan daya, ceasar lagi. Nak bergerak jauh pun susah, dibuatnya apa-apa hal terjadi nak turun ke KL balik, take time. 4 jam perjalanan.

Masa berpantang ini, hari-harilah aku makan ikan haruan bakar (mencepatkan proses pemyembuhan luka ceasar), dengan nasi berkuah (sup, kari, kurma.. semuanya aku rembat), sayur pula tak makan (itu pasal lah aku asyik sembelit aja).

Selain daripada makan pelbagai ubat yang dibekalkan oleh hospital, aku ambil juga supplement lain macam Healin. Kali ini aku ambil perisa oren (masa ash dulu, original). Segala macam akar kayu yang beli dalam set bersalin itu, tak buat pun. Takut panas. Lepas berpantang aku ambil.

Selain itu, aku guna losyen mustajab pati halia. Lepas mandi aku sapukan dekat seluruh badan (kecuali tempat luka). Panas dan berangin. Best je rasa. Di samping memanaskan badan, ianya juga dapat menguruskan badan dan membuang aangin dalam badan. InsyaAllah.

Masa berpantang kena jaga supaya tak masuk angin. Tak boleh biar perut kosong.  Sekurang-kurangnya makan biskut time  lapar. Bila mandi pula kenalah mandi air panas. Kalau tak sedap badan, lap aje badan dengan air suam. Masa berpantang ini, adalah juga 2 kali aku demam sebab mandi air sejuk dan kurang minum. Badan panas tapi rasa sejuk.

Hari Keempat di Hospital

Image(887)Hari Khamis. Hari penentuan adakah aku dibenarkan pulang ke rumah atau sebaliknya. Keadaan aku semakin baik. Cuma tekak masih lagi berkahak dan terpaksa lah 24 jam menghisapkan gula-gula Sterpsil. Alhamdulillah tengahari nurse kata aku dibenarkan pulang, tapi dibekalkan ubat yang secukupnya dan aku kena menelan pil tambah darah selama 2 bulan. Sembelit dibuatnya.

Walaupun berita baik didengar iaitu boleh balik tapi keadaan Arisha pulak mengizinkan. “Jaundice”  semakin naik dan terpaksa di tahan.  Aku boleh stay sampai Arisha okay or aku boleh balik ke rumah. Bila Arisha dah boleh keluar, mereka akan call.

Dengan hati yang berat, aku terpaksa balik dahulu. Siapa yang hendak duduk hospital lama-lama kan. Maklum sajalah swasta. Selepas settlekan bil hospital, waktu petang balik ke Shah Alam. Terkejut juga tengok bil ni. belum dicampur dengan bil Arisha nie dah berbelas2 ribu. Tak sangka dah dua tahun berselang, dua kali ganda pulak bilnya dari bersalinkan Ash dulu. Kata ada tumpah darah. Banyak salur darah yang terputus, so banyak lah yang Dr jahit balik. hmm sabar jelah. Syok kalau jadi Dr. Kenapalah dulu tak rajin belajar or letakkan impian cita-cita nak jadi,  Dr. hmm dah terlambat, dapat jadi pesakit ajelah.

Malamnya aku tak lelap tidur. Rindu dekat Arisha. Nasib baik ada gambar dia dalam handphone, buat pengubat rindu. Itulah perasaan ibu. Bila di hospital, rindukan Ash. Bila dekat rumah, rindukan Arisha pula. Sabar sajalah.

Hari Ketiga di Hospital

Hari ketiga di Hospital. Hari ini memang gagahkan diri untuk berjalan. Walau macammanapun, hari ini Asid kena berjalan ke toilet sendiri. kalau tidak memang tak boleh nak balik. Alhamdulillah subuh tadi dah berjalan ke toilet itupun sebab rasa nak buang air besar. Bila dah sampai toilet, taknak ler pula. Sabar ajelah.

Tengahari pula, Asid dibawa turun ke Klinik bilik Dr untuk check tekanan darah. Result dari darah yang di ambil still rendah. 2, 3 kali darah di ambil pun masih juga rendah . Dr sarankan Asid di masukkan darah. Walaubagaimanapun Asid tak nak cukuplah sekadar menelan pil tambah darah. Di sebabkan tekanan darah ini Asid tidak dibenarkan keluar wad. huhu. Di tambah pula dengan keadaan Arisha yang ada “Kuning”. Walaupun kuningnya belum tinggi, still kena diletakkan dibawa cahaya lampu LED.

Seronok juga berjalan ke wad baby. Boleh tengok semua baby dekat situ. Boleh berbual-bual dengan ibu2 yang lain dan yang paling penting, boleh tengok Arisha bila-bila masa sampaikan cerita Ariana tuh pun tak ingat. 🙂

Hari Kedua di Hospital

Hari kedua selepas bersalin, rasa oklah sikit berbanding semalam walaupun sakitnya lebih terasa memandangkan kesan biusnya dah hilang. Hanya bergantung kepada ubat-ubatan untuk hilangkan sakit, walaupun payah nak menelannya terpaksalah memaksakan tekak untuk menelan. Janji luka cepat sembuh dan mengelak dari jangkitan kuman yang merbahaya. Apa yang paling ditakutkan masa post natal ini ialah “Bentan” iaitu luka dibuka semula sebab jangkitan kuman atau luka terbuka sendiri disebabkan terjatuh ke batuk ke.

Hari kedua ini hendak batuk pun tak boleh. Kalau terpaksa batuk juga kena pegang dan apongkan perut dengan kedua-dua tangan. Angkat sedikit dari tempat luka tuh. Bila batuk atau bersin kekadang rasa nak menangis. Rasa sakit sangat. Tambahan lagi bius seluruh badan ini, banyak kahak jadi tekak asyik gatal aje. Wad pula sejuk giler. Pendek kata, banyakkan bersabar. Bila terasa sakit, teringatkan anak-anak, jiwa pun menjadi tenang, sehingga boleh tersenyum walaupun sakit terasa.

Hari ini juga, badan tak boleh nak bergerak walaupun nak bangun untuk duduk. Luka disebelah kanan memang sakit sangat kali ini sebab ceasar kali ini Asid ada tumpah darah (komplikasi), dalam satu liter darah hilangnya. Tekanan darah pun jadi rendah sebab kurang darah.

Kekadang nak mengiring pun takut. Takut luka terbuka. Jururawat pelatih yang tolong lapkan badan, tukarkan pakaian dan tukar cadar katil. Masa nak bersihkan badan, sekali lagi Asid alami sesak nafas. Kelam kabut pelatih dibuatnya. Thanks kepada senior nurse yang dapat menenangkan Asid dan boleh bernafas dengan sewajarnya. Bila sesak nafas, rasanya entahlah nak cakap macam mana. Ibarat nyawa seperti telur dihujung tanduk. Terbayang saat kematian rasanya.

Bila waktu makan terpaksa susahkan nurse lagi, tolong naikkan katil supaya badan tegak. Memang bersalin kali ini banyak susahkan mereka. Asyik-asyik panggil, maklumlah Papa datang visit lambat. Petang baru sampai sebab nak handle dan uruskan Ash dahulu.

My Little Princess

My princess selamat dilahirkan pada 1 Jun 2009 pada jam 1718 di Pusrawi Jalan Tun Razak melalui ceaserian dengan berat 2.68kg. 🙂

Jam 0630 perut aku dah mula rasa sakit. Kejap-kejap terjaga dari tidur. Pergi ke tandas 2,3 kali rasa hendak membuang air besar. Aku tetap cuba menahan sakit sampai tengahari. Pada firasat aku maybe hanya sakit perut tersalah makan. Maklum ajelah due bersalin aku lagi 4 minggu.
Sakit aku semakin lama semakin sakit. Sakit hendak bersalin agaknya. Tidak lama kemudian aku hantar message pada Papa. Beritahu yang perut aku sakit. Kalau diikutkan cerita-cerita orang berpengalaman, kalau nak bersalin ambil masa lama sikit, berjam-jam, air ketuban pecah dan darah keluar sedikit.
Tanda-tanda itu aku tak alami just sakit seperti nak membuang air besar. Pergi ke toilet berulang kali. Ada jugalah yang dibuang, lama-lama tak adelah. Tengahari itu juga, Wan Wan Ash balik dari surau. Suruh bersiap, kalau dah sakit sangat terus aje bergerak ke hospital. Tidak lama kemudian, aku suruh Papa Ash balik sebab sakitnya menjadi-jadi.

Jam 1230 bergerak ke Pusrawi dari Shah Alam terus ke unit kecemasan dan di bawa ke wad bersalin no 7. Bilik keramat aku rasalah. Panas semacam. Nurse kata, air-cond bilik tu memang masalah sikit, lambat sejuk. Dahlah sakit tak tertahan, panas lagi. Tidak lama lepas itu, Nurse datang check ada bukaan 5cm dah. Kemudian Dr Adilah pun masuk. Pelik juga dia kenapa aku dah rasa sakit. Sepatutnya belum lagi masanya.Takut ada masalah lain katanya. Aku dah mula lah cuak. Takut apa-apa terjadi pada kandungan aku kali ini.
Perut aku diletakkan mesin mengesan kadar denyutan dan kontraksi baby (apantah namanya tak ingat). Alat itu diletakkan rapat giler di perut. Makin sakit rasanya. Air dimasukkan kedalam badan melalui suntikan di tangan. Air ketuban aku dipecahkan. Dimasukkan pula ubat cecair melalui dubur supaya aku kencing dan berak. 45 minit kemudian Dr dan nurse datang check lagi. Ditanya kepada aku, kalau-kalau aku ada terjatuh ke? pening nak pitam? Keputihan yang malampau banyak, berwarna kuning dan busuk? Jawapan aku hanya satu tidak. Kemudian aku bertanya kepada nurse, boleh saya minum air selusuh? Boleh. Bukaan dah 5 cm kan? Tanyanya balik. Selepas aku minum air bunga fatimah, semakin menjadi sakitnya. Jam 2 lebih, Dr datang check lagi. Kali ini bukaan aku dah 7 cm. Dr kata maybe jam 0400 aku akan bersalin. InsyaAllah.

Baby aku still lagi bergerak2 dan berkontraksi mencari-cari ruang untuk keluar. Sakit hanya tuhan saja tahu. Aku diberikan antibiotik dan ubat menahan sakit(seperti sendutan oksigen), sampai termuntah dibuatnya. Maklumlah dari pagi tadi aku hanya menjamah sepotong kuih dan sebiji tamar. Kalau diberi epidural takut aku tak rasa sakit dan tak boleh hendak meneran bila sampai masanya. Continue reading My Little Princess