Category Adik Ari

Jalan-Jalan ke Langkawi 6

Ini kali kedua Asid menjejakkan kaki ke Pulau Langkawi. 1st time dulu masa honeymoon. Pergi berdua, kali nih berempat. Bawa anak-anak sekali makan angin sempena anniversary kami yg ke-5. Makanlah angin tu sampai kembung ye. hehe.

“Semoga hubungan cinta kami berkekalan hingga ke syurga”. Insya-Allah

16 June 2011 : Gerak dari KL Sental ke Arau

Naik keretaapi cabin no2. Pada jam 9.15 malam [Khamis Malam Jumaat]

 

17/6/2011 : Dari Arau ke Pulau Langkawi :)

Sempat bergambar di stesen keretaapi Arau. Sampai Jam 8.15 pg

Lewat!! sebab keretapi rosak dalam perjalanan.

Naik kereta sapu ke Jeti Kuala Perlis.

Peace. Tenang menunggu turn nak naik Ferry!! Jam 10.30 pagi Jumaat.

Naik Ferry selama lebih kurang 45 minit.

Dah sampai ke destinasi. Ambil kereta yang sudah booked untuk 2 hari. Kereta kecik aje cukuplah kan untuk kitorang 4 beranak. [Cas sewa memang dah naik sgt.. huhu]

Sebelum check-in hotel, jalan2 di Dataran Helang jap.

Ashraf nak ke toilet. MAN? seorang lelaki. Jarang nampak cam gini!

Check-in Holiday Villa Langkawi!! jam 3 petang.

Syoknya tido. Bilik lebih kurang cam gini, ni gambo google aje. :)

Naik Langkawi Cable Car Jam 5 petang! Boleh dapat diskaun 50% dalam RM50 gitu.

Tak kira dah kat tempat sejuk, 700 kaki tinggi dari paras air laut.. makan aiskrim. huh penat giler naik tangga

Budak2 ni memang pantang nampak mainan, sure nak naik!

Dinner ikan bakar @ Restoran Haji Jelani.. uish harga.. dasyat!

18/6/2011 : Jalan2 keliling Pulau Langkawi

Island Hopping Jam 9 pagi Sabtu

Naik bot. Masing2 cuak..

Tasik Dayang Bunting. Sempat ambil air untuk Kak Ja

Bina Istanaku @ Beras Basah

Lunch : Nasi Campur

Kota Mahsuri! Masuk RM5 seorang

Lepas ni aktiviti shopping! Rambang mata sampai tak de masa nak snap gambo. wakaka. teruk benor!

Lagi pulak hanset di masuki air laut manis huhu gara2 mandi di Pantai Chenang.

huhu ada tak sesiapa yg de handphone lebih? silalah derma kepada saya.

wakaka :)

Kenduri Di Kejiranan 4

Assalamualaikum,

Hari ini ada jemputan kenduri kahwin dekat perumahan ini. Walaupun tak pernah bersua dengan tuan puan rumah tersebut, masa ni lah nak bersua kenal. hehe :)

Macam biasa, sekarang cuti sekolah pastu musim panas terik, Arisha basah dengan peluh, muka habis merah panas huhu. Kesian Adik.

Anniversary ke 5 4

Alhamdulillah syukur.. Mahligai yg dibina bersama Amir Shariffuddin baru berusia 5 tahun pada hari ini. Hidup ditemani anakanda2 tersayang, Putera seorang Amir Ashraf Amir Shariffuddin, Puteri seorang Nur Arisha Amir Shariffuddin. Semoga kebahagiaan dan kemakmuran hidup syurga dunia ini sentiasa dirahmati Allah selalu dan berpanjangan hingga ke pintu syurga. Insya-Allah.. aminn..

Breakfast @ KFC 9

Assalamualaikum,

Hmm sehari selepas ke IKEA. Ahad, pergi lagi ke Pertama Komplek. Beli deco2 jugak, pastu pilih 2 3 pewangi khas untuk kengkawan yang suka GA2 ni.. hehe ingat nak wat lagi GA ni. Minggu ni ke minggu depan ke, hadiah2 menarik..pewangi tadi, tupperware dari IKEA, Keycain ole2 dari Sabah  :) . Tunggu ye!

Deco2 Sama IKEA 3

Assalamualaikum,

Sabtu minggu lepas, pergi jalan2 dan shopping dekat IKEA. Niatnya cuma satu, nak cari MAGNET BOARD untuk fridge magnet Asid yang hampir memenuhi pintu fridge. Pembelian board ni haruslah disegera.. sebab beberapa hari sebelum tuh ada member dalam KELAB FM MALAYSIA ada share artikel pasal fridge magnet. Tapi takkan beli tu je kan? rembet ler mendealah lain sama.. syok je jari jemari mencapai pe yang berkenan di hati.. haha sib baik green light dari papa, katanya duit shopping ke Sabah tempoh hari still ada balance.. yahooo.. hehe alhamdulillah.

Thanks Papa. :)

Info details kat sini >>Refrigerator How Things Work

Selamat dah digantung! :)

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22