Aug 2007 21

Cara Atasi Penyakit Batu Karang0

Posted In Tips

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

———————————————————————————————

Kalau kena sakit ni, memang sakit. Sakitnya nak menguling2. Asid kena sakit ni semalam. Tetiba je sakit dekat perut semasa suapkan makanan tuk Ash. Sian susahkan Papa, hantarkan gi klinik dan jaga Ash sepanjang hari. Papa hantar pergi Klinik Kita dekat dengan rumah. Memang tak tahan sangat sakitnya. huhuhu 🙁 . Jumpa Doktor, kena injection untuk hilangkan sakit. Dr kata kalau sakit lagi, memang kena bawa ke hospital terus. Harap2 tidaklah. Takut pulak kena operate. huhu. Balik rumah terus tidur. Ntah nape ngantuk sangat. Maybe sebab ubat tadi.

Petikan dari http://lazyguides.info/

Anda Mungkin Meminati:


Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.