Budu : Petua Cantik

Hehe Budu petua cantik?? Itu sebab awek2 Kelate kebanyakkannya comel2 dan ayu2 gitu. Rupa-rupanya sebab Budu. Sekarang dah tak payah makan budu mentah kalau nak cantik. Dah ada kosmetik dah, jenama BK. hehe

So lepas ni janganlah takut2 kalau nak makan budu. Maklmumlah ada yang takut tumbuh jerawat, muka gatal2. Itu mungkin masalah disebabkan masalah lain, resdung ke.

Asid memang makan budu. Diawal kehamilan dulu, berselera makan nasi pun sebab ada budu. huhu bila budu dah habis, dan malas nak ke kedai dekat pasar bawah tuh.. jadinya tak makan budu dah. Budu ni kalau di cicah dengan ulam terung, timun.. fuyoo sedap.

Dulu masa dikampung, memang hari2 makan budu dengan pucuk ubi. Maklumlah orang berasal dari Kelate ni memang budu tak boleh tinggal. Asid suka budu Cap Ketereh tu je. Yang berwarna merah. Yang lain macam masin sangat.

Asid boleh makan budu je. Kalau cencalok ke balacan ke.. susah sikit ler. Belacan kalau dah termasuk dalam makanan sebagai perasa tu boleh diterima lagi. Muka paling gatal bila makan belacan. Kakak Asid pula suka bagi belacan kalau balik Melaka. Husband Asid memang suka makan belacan, sambal belacan. Budu dia tak boleh telan pulak. Cencalok boleh pulak dia makan. hmm apa nak buat, tekak masing-masing mesti rasa masing-masing.

Walaubagaimanapun BUDU ni memang sedap. Habish sedak doh tuh!!

(Petikan info daripada Kosmo)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *