Budak 22 bulan merayau di hutan

SLIM RIVER: “Saya tidak menolak kemungkinan kehilangan cucu disebabkan unsur ghaib kerana secara logiknya, tidak munasabah kanak-kanak berusia setahun 10 bulan mampu berjalan kaki hampir tiga kilometer ke dalam hutan bersendirian dengan berkaki ayam.

“Apapun kami bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan sihat meskipun ada sedikit kesan calar dan tiada perkara buruk menimpanya,” kata Abdul Wahid Nordin, 52, datuk kepada Nor Aishah Umairah Zamzanuri yang ditemui selamat pagi semalam selepas hampir dua hari dilaporkan hilang.
Nor Aishah yang dijaga neneknya di Kampung Lintah, Kampung Ulu Slim, dekat sini, sementara ibu bapanya, Zamzanuri Salleh, 28, dan Nor Awani Abdul Khalid, 28, bekerja dan tinggal di Ipoh, ditemui dalam ladang getah kira-kira jam 7.30 pagi oleh dua Orang Asli yang kebetulan lalu di kawasan itu dan mendengar suara tangisannya.

Biarpun selepas lebih 18 jam bersendirian sejak dilaporkan hilang kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, selain sedikit calar di kaki dan kesan gigitan nyamuk di beberapa anggota badan, secara keseluruhan keadaan Nor Aishah sihat.

Hmetro : Khamis

Itulah sudah ketentuan dan kehendak takdir dari Yang Maha Esa. Alhamdulillah selamat. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *