Buat bakal ayah dan ibu…

Sepasang suami isteri berprofesion yang hanya mempunyai seorang anak perempuan berusia 3tahun,tinggal di sebuah rumah teres mewah dengan dibantu seorang pembantu rumah Indonesia.

Suatu hari suami isteri ini telah membeli satu kereta baru untuk kegunaan seisi keluarga.
Kereta tersebut adalah kereta ketiga buat keluarga ini.

Ketika suami isteri itu pergi bekerja, tinggallah si anak bermain sendirian. Si pembantu rumah pulak sibuk di dapur. Si anak bermain sendiri di halaman rumah dengan pintu pagar tertutup rapat. Si anak menghabiskan masa dengan melukis pada kereta yang baru dibeli itu.

Apabila si ayah dan si ibu datang, terus dipanggilnya si amah, “Bibik, siapa punya kerja
ini ??!”. Ditengking si pembantu rumah dengan marahnya. “Saya enggak tau tuan, saya sibuk memasak di dalam”, dijawab dengan nada takut.

Tiba-tiba si anak kecil berlari turun dari tingkat atas mendapatkan ayahnya dan bertanya
riang, “Ayah, cantik tak lukisan saya kat kereta tu? “.

Mendengarkan pengakuan itu, si ayah terus mencapai rotan lalu memukul bertalu-talu tangan
si anak kiri dan kanan. Tak cukup sebelah atas tangan si anak dihukum, sebelah bawah juga dipukul dengan penuh geram. Si anak menangis. “Ampun ayah…ampun. Saya tak akan buat
lagi…ampun”. Si ibu hanya melihat anaknya dihukum, mungkin kerana bersetuju bahawa si anak mesti diajar.

S
elepas puas dipukul, si amah membawa si anak ke dalam biliknya untuk dirawat. Si amah simpati pada si anak.

Keesokannya, si amah memberitahu majikannya bahawa kedua-dua tangan si anak luka
berbirat. “Hmm…sapukan je minyak gamat!” arah si ayah tanpa ingin melihat
keadaan si anak. Si ibu pun sama.

Hari kedua, si amah melaporkan kepada tuannya si anak demam panas. Si ibu hanya
menjawab, “bagi dia makan ubat demam”. Sedikit pun tidak ada masa untuk menjenguk si
anak.

Hari ketiga, si amah cemas memberitahu bahawa si anak demam semakin kuat. Si ayah dan si ibu lantas membawa si anak bergegas ke klinik.

“Anak encik nie dah kritikal. Kedua-dua tangannya mengalami gangren dan mesti dipotong dari paras siku ke bawah demi menyelamatkan nyawanya”, doktor menerangkan kepada pasangan itu. “Sila tandatangan di sini supaya pembedahan boleh dijalankan segera”, sambil si doktor menghulurkan sehelai borang.

Terpancar rasa menyesal di wajah kedua ayah ibu ini. Dengan rasa berat, si ayah menurunkan
tandatangan sambil si ibu menitiskan airmata.

Setelah seminggu berlalu, si anak berkata pada si ayah “Ayah..saya janji tak akan melukis lagi kat mana-mana…saya janji tak akan buat lagi” Si anak berjanji bersungguh- sungguh. Ayah…pulangkanlah dua-dua tangan saya…macam mana saya nak makan atau bermain kalau begini? Saya janji tak buat jahat lagi… “, rayu si anak.

Si ayah berasa amat sebak sambil dari matanya berlinang air jernih….

Petikan dari Bulletin Friendster…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *