Boring Lagi

Kenapa lah sejak dua menjak ni asyik rasa boring je. Semalam boring jugak tapi nasib baik lah pergi rumah Mus. Best jugak jalan-jalan ni. Tapi takkan nak jalan ke rumah dia je, nanti menganggu dia pulak. Lagipun dia sibuk dengan assignment dia yang menimpun tuh.

Hari ni boring jugak. Tak tahu nak buat apa. Tengok tv just pukul 230 je. Cerita Bawang Merah. Lepas tu tak ada buat apa2. Abang suruh jalan-jalan dekat Tasik Shah Alam. Aiseh malas nak jalan-jalan pulak. Kalau jalan-jalan dengan Abang oklah sikit. Macam dating kan..

Malam karang Abang balik lambat lagi. Kelmarin Abang tengok bola Malaysia vs Singapura (seri), malam ni pulak Abang main badminton dekat rumah bos dia. Elok lah tu menyihatkan badan. Dah dua tahun tak main badminton katanya, selalu nya futsal, sekarang nak main futsal pun payah. Tak cukup orang.. takkan nak main 3 vs 3 katanya.. sure pengsan jawapnya. Oklah tu bersukan menyihatkan badan.. dan mengempiskan perut .. hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *