Busy. saje men-busy-kan diri
September 13, 2005Goreng Pisang ke Pisang Goreng???
September 16, 2005Semalam, aku join amir tengok bola Selangor VS Terengganu di Stadium Shah Alam. Disebabkan bola nih, adalah dua tiga orang Selangorfc amik half day, aku pulak ponteng kelas project petang kul 4 tuh. Bukan pasal nak tengok bola aku ponteng, ini disebabkan aku diserang satu penyakit yang dipanggil “M????”, lagipun tak de lecture just presentation. So, boleh jugaklah aku rehatkan badan n mandi dulu sebelum pergi stadium.
Disebabkan ini adalah perlawanan semifinal piala Malaysia 1, dikhuatiri ramai orang datang tengok bola, so aku, amir n fendi datang stadium pukul 6 petang. (i see man awal giler… nak tengok bambang pemungkas punyer pasal,tak pa lah…hehe). Pukul 6 lebih dah bertambah ramai orang datang. Tiket pulak dah terjual 2000 setiap counter (betul ke???) maybe ramai orang datang beli pagi tadi then nak dekat game baru datang.
Pagar pulak lambat bukak, nie mesti tunggu orang ramai dulu.nak kasi sesak bila time masuk (aduhai.. dah lah lorong masuk stadium sempit, pulak tuh kena pusing sorang2..aduhai).. Lebih kurang kul 730 baru betul2 masuk stadium. Masuk2 stadium gelap gelita.maklumlah lambat lagi pemain nak datang.
Ikat2 banner, cari tempat duduk biasa, kesat2 seat ngan tisu then baru duduk ngan selesa.hehe then tidak lama kemudian, keluar pulak serombongan pemain dari Terengganu masuk padang. Alang2 diaorang dah sampai, maybe coach diorang suruh gi padang, check2 padang n biasakan diri (kata prof.dr. Amir Shariffuddin).then diorang masuk balik.. (tukar baju)
After that, kul 8.oo keluarlah semua pemain dari kedua2 group untuk lakukan “senaman ringgan” dan “merenggangkan otot bagi bambang”…lampu stadium dah terpasang semua.hehe
Pukul 845 malam game started.hehe mula2 tengok macam pemain slgr nih tak ade semangat nak main (maybe sebab tak ade Brian Fuentes-kad kuning 2) menyebabkan terengganu masukkan goal 1.Lepas tuh baru selangor kejar.Mati2an nak score. akhirnyer d surendran jaring goal menyamakan terengganu 1-1. Kecergasan dan ke”tere”an pemain selangor terserlah selepas Khalid jamlus di tukar gantikan dengan pemain simpanan (ramai orang bersorak keriangan macam sambut merdeka 48 tahun dulu).. Then selangor mara dan mara, dengan jaringan goal oleh bambang pemungkas (my hero??) dan akhirnyer 10 minute akhir, orang yang belum pernah menjaringakan goal buat selangor mencipta sejarah iaitu alley aiboy menjaringkan goal ke 3 buat selangor.Dengan ini, selangor berade dalam keadaan yang lebih selamat ketika berlawan di terengganu hari sabtu nih dengan mata 3-1. Good luck pada semua pemain selangor!!! cayoooook!!!
Bambang Pemungkas dilahirkan pada 10 jun 1980 (25 tahun = amir), sebagai penyerang pasukan selangor.
Bambang dan Isteri nya- Cantik kan??
Muka masing2 tension ketika Terengganu menjaringkan goal sulong n pertama mereka.
Bendera selangor yang semangkin bertambah dari masa ke semasa
Ceria terpacar diwajah2 penyokong slps d.surendran menjaringkan goal.
Berjoget2 selangor menang 3-1
happy ending…
time balik sesak teramat sangat
Milik siapakah kereta ini.bawak kete ntah apa2 ntah, kejap kanan kejap kiri (akhirnyer padan muka kami tinggalkan dia jauh dibelakang)