Birthday Party Jiran Depan

Semalam ada birthday party jiran depan rumah, berkhemah bagai. Sambutan besar2an maybe sebab cucu seorang aje, masih tunggal. Siap ada badut, pengacara. pong pang pong pang dengan musik dan loud speaker.

Ramai hadir termasuk saudara mara mereka, sahabat handai dan jiran tetanga yg lain.

Yang peliknya, kami tak ada dijemput. Selalu majlis diorg mesti jemput kita. Nak kata gaduh, tak ada gaduh sbb bertegur2an dan senyum aje setiap hari ..pasal hari2 Asid hantar dan ambil budak2 sekolah ni. hmm ada salah ke kita?

hmm entahlah, Asid takde kisah pun kalau tak menjemput.. mungkin tak cukup nanti nasi jamuan dan sebagainya. Cuma rasa sedih bila tengok budak2 ni menjenguk di depan pintu, tengok budak2 main2.. menari2 dgn badut tu semua. Nak lari, kereta pula tak boleh keluar, di block khemah dan mereka.

Sedih bukan apa, sedih pada diri sendiri yang kurang berusaha. Kalau lebih berusaha pasti Allah beri rezeki lebih banyak, boleh lah anak2 sambut birthday diorg meriah begitu tanpa rasa duit membazir digunakan.

so azam baru ni, usaha usaha hinga kaya berjaya … 🙂

$$$$$$$$$$$$ pls come to me 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *