Rotavirus Menyerang Bayi
July 14, 2009Di Kayangan Kita : Dato Siti
July 15, 2009Betulkan Kedudukan Bayi Dalam Kandungan
Tip ini Asid baru jumpa dalam majalah Pa&Ma edisi Julai 2009. Kalau dulu dengar2 petua dari orang tua-tua je iaitu suruh mak bidan pusingkan, banyakkan berjalan dan paling penting banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T.
Antara tip-tipnya ialah:
- Berenang – Amalan ini dapat menggalakkan bayi berada di kedudukan yang betul. Namun, elakkan posisi kuak lentang.
- Elak silang kaki – Jangan sesekali menyilang kaki. Pastikan kedudukan lutut berada lebih rendah daripada bahagian pinggul.
- Temukan tangan dan lutut – Langkah sebegini dapat membantu bayi berada dalam kedudukan yang baik. Jadi, temukan tangan dan lutut setiap kali anda dalam keadaan duduk.
- Duduk dengan kaki terbuka – Condongkan badan ke hadapan sambil memastikan kedua-dua belah kaki terbuka (seperti mengangkang).
- Amalkan ÜFO – Ini bermaksud anda berkedudukan tegak, menghadap ke hadapan, dan bernafas dengan teknik yang betul. Pastikan anda praktikkan kaedah ini sebelum atau semasa proses bersalin.