Bermula Episodnya Berpantang

Awal pagi, aku dan Papa pergi tengok Arisha di hospital. Nak menyusukan dia dan tengok kalau- kalau boleh bawa balik. Hampa juga, kuningnya masih tinggi. Kena tinggal semalaman lagi. Harapnya esok boleh keluar.

Ari6days

Arisha 6 days

Bermula hari ke 4 selepas kelahiran Arisha, bermulalah episod berpantang anak ke dua bagi aku. Kalau di hospital tak berpantang pun, makanan yang selalu aku minta adalah bubur ayam. Itu sajalah yang berani aku ambil, kalau minta nasi tak tahulah pula dia masak bubuh kan. Masa berpantang sikit sebanyak aku kawal makan. Maklumlah ceasar ni. Lukanya besar, kalau tersalah makan benda gatal, susah nak garu.

Berpantang kali ini, sama macam yang lepas. Berpantang dirumah mentua di Shah Alam. Kalau ikutkan plan bersalin normal, nak juga aku merasa berpantang di rumah mak sendiri. Lagi syok kan. Apakan daya, ceasar lagi. Nak bergerak jauh pun susah, dibuatnya apa-apa hal terjadi nak turun ke KL balik, take time. 4 jam perjalanan.

Masa berpantang ini, hari-harilah aku makan ikan haruan bakar (mencepatkan proses pemyembuhan luka ceasar), dengan nasi berkuah (sup, kari, kurma.. semuanya aku rembat), sayur pula tak makan (itu pasal lah aku asyik sembelit aja).

Selain daripada makan pelbagai ubat yang dibekalkan oleh hospital, aku ambil juga supplement lain macam Healin. Kali ini aku ambil perisa oren (masa ash dulu, original). Segala macam akar kayu yang beli dalam set bersalin itu, tak buat pun. Takut panas. Lepas berpantang aku ambil.

Selain itu, aku guna losyen mustajab pati halia. Lepas mandi aku sapukan dekat seluruh badan (kecuali tempat luka). Panas dan berangin. Best je rasa. Di samping memanaskan badan, ianya juga dapat menguruskan badan dan membuang aangin dalam badan. InsyaAllah.

Masa berpantang kena jaga supaya tak masuk angin. Tak boleh biar perut kosong.  Sekurang-kurangnya makan biskut time  lapar. Bila mandi pula kenalah mandi air panas. Kalau tak sedap badan, lap aje badan dengan air suam. Masa berpantang ini, adalah juga 2 kali aku demam sebab mandi air sejuk dan kurang minum. Badan panas tapi rasa sejuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *