Berkelah Di PD

Semalam Abang bawak pergi berkelah ke Port Diskson. Pergi 4 orang (dengan Ieza, Nana dan Me). Pergi jam 720 am sampai 1 jam lebih kemudian. Dalam perjalanan cuaca mendung dan awan hitam, risau tak boleh mandi nanti.Datang jauh2 rugi kalau tak mandi.

Sesampai kat sana hujan tak renyai tak lebat sangat. Dekat tepi pantai orang juga orang mandi, kitorang pun join. Bawak tikar, makanan dan minuman. Lepas tu sume mandi air. Ombak jangan katalah.. tinggi gila.. kuat.. Sakit2 badan dibuatnya. Bila hujan dan berhenti hampir pukul 11 am, kitorang start menjamu selera.. nasi lemak.

Selepas makan, mandi kejap lagi before bergerak balik. Balik pulak ikut jalan Batu Laut sebab tak nak terjebak ngan jem highway yang satu lorong je disebabkan kerja2 naik taraf jalanraya. Sampai rumah dalam pukul 2 petang. Makan2 terus tidur. Penat giler badan.

…………… seronok mandi laut… walaupun dalam keadaan angin dan ombak yang kuat. 🙂 thanks Abang sebab bawak pergi PD. Lenkali pergi lagi ek? 🙂

Anda Mungkin Meminati:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *