Berbuka Dengan McD

Hari ini Amir ada aktiviti berbuka bersama geng SFC. Oleh kerana Aku jer berbuka dirumah, jadi malaslah sikit nak masak. Nak order ajelah. Nak makan McD ke Pi22ahut?? Last2 pilih Mcd sebab terbekenan dengan Double GCB tu, maklumlah orang tengah lapar tengok pula burger GCB yang besar tuh, semakin membuak2lah aku nak makan. hehe

So, aku orderlah Double GCB set medium; D GCB, kentang goreng dan air coke. Happy Meal dua set; Air milo, ayam goreng dan kentang goreng untuk Ashraf dan Arisha, ala cart Bubur Ayam Mcd small, dan Mcflurry Lime.

Dah siap order dia kasilah TOTAL nya.. MAK DATUK!!!! HAMPIR RM50.. terkejut beruk aku sekejap. Sampai RM50 kami 3 beranak makan.. uish uish dasyat. Sekali sekala aje boleh macam ni, jangan selalu.. MEMERBAHAYAKAN KESIHATAN.. uish uish.

Itulah kuatnya godaan nafsu ketika berpuasa. Padahal biasa pilih je Mcd value.. kenyang juga. Ini makan yang double, selesai makan dah menyandar macam buaya kekenyangan.. nasib baik masih ringan untuk solat Magrib seawal yang mungkin. Alhamdulillah. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *