Katakanlah: Marilah kamu, aku bacakan apa yang diharamkan Tuhanmu atas kamu, (iaitu) jangan kamu mensekutukan Allah dengan sesuatupun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa; dan jangan kamu bunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kami memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan jangan kamu hampiri perbuatan yang keji, baik zahir atau yang batin; dan jangan kamu bunuh orang yang diharamkan Allah, kecuali dengan hak. Demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu memikirkannya. (Surah Al-Anaam; Ayat 151)
Dan jangan kamu hampiri harta anak yatim, kecuali dengan cara terbaik, sehingga dia dewasa (baligh); dan sempurnakan sekatan dan timbangan yang adil. Tidaklah Kami memikulkan beban kepada seseorang, melainkan sekadar kesanggupannya, dan apabila kamu berkata, hendaklah berlaku adil, walaupun terhadap kamu kerabatmu sendiri; dan tepatilah janji dengan Allah. Dan demikianlah Allah berwasiat kepadamu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan. (Surah Al-Anaam; Ayat 152)
Dapatlah diungkapkan bahawa ada 9 perkara yang diharamkan oleh Allah S.W.T iaitu
- Syirik : Mensekutukan Allah swt dengan berhala atau kubur dan sebagainya.
- Derhaka kepada ibubapa.
- Membunuh anakmu sendiri.
- Membunuh orang dengan tiada hak.
- Memakan harta anak yatim.
- Mengurangkan sukatan (gantang) atau timbangan.
- Tidak berlaku adil dalam menghukum atau menjadi saksi.
- Mungkir akan janji Allah swt (perintahnya).
—–Petikan dari Tafsir Al-Quran Nul Karim; Prof. Dr Hj. Mahmud Yunus