Balik Kampung :)

Malam Sabtu yang lepas Asid, Abang dan Ash balik kampung. First time bawak Baby Ash balik kampung dekat Pahang. Dalam kereta kalau dia terjaga, then gelap gelita sure dia nangis. Terpaksa lah tekan handphone bagi ada cahaya lampu. Barulah dia okay sikit. Tapi nak peluk je maybe takut kot. hehe 🙂 sian baby ash.

Sampai Jengka adalah nak dekat lewat malam. Sampai2 ramai orang. Opah dan Mak Busu Ash pun ada. hehe Semua nak ambil pegang Ash tapi Baby Ash nangis. Tak kenal orang lagi. hehe Lama2 tu baru dia okay. Barulah boleh orang lain dukung dia. 🙂

Dekat kampung ni seronok kalau bersahur. Makan boleh bertambah sebab makan ramai2. Kak Na dan family dia pun ada balik. Nak Si Kecik katanya. huhu. Petang hari pulak bergotong royong buat kuih. Seronok buat 7 jenis kuih. Yelah nenek Asid buat jual kuih2 ni semua: kuih Sugi, Pulut Udang, Lompat tikam, Koci dan apantah lagi. Sempatlah tolong dia.

Malam Ahad pulak pergi rumah Pak Lang untuk berubat Batu Karang Asid ni sebelum pergi rumah Mama dekat Chini. Kena minum air yang Pak Lang buat tu.. Ya Allah.. Manis giler rasa macam minum pati gula. huhu tak boleh minum dengan air masak. Pastu kena pantang empat benda: Mee, Maggie, Kerang dan ikan Pari. Dekat rumah Mama ni boleh pulak tak bangun sahur. Terlajak tidur sampai pukul 530 pagi. Tulah borak2 sampai lewat pagi then tak kunci jam. Ingatkan si adik tu kunci jam.. hmm dia pun sama ingat kita dah kunci jam. Sabar jelah. Dahlah perjalanan jauh balik ke Shah Alam tengahari tuh. Dahaga tak ingat.. huhu dugaan.. dugaan.. 🙂

3 thoughts on “Balik Kampung :)”

  1. Hi Ima,
    Setahun sekali baru balik kampung? Dasyat betul. hehe 🙂 Alhamdulillah lepas minum air limau tu rasa okaylah sikit. Tak sakit2 dah. Syukur kepada Allah Taala.

    Waalaikumussalam kak Ieda,
    Duduk Skudai ye? Kawan dengan Amir ye?
    InsyaAllah kalau turun JB. Entah bila nak turun lagipun kita ada ibu saudara tinggal kat sana. Taman Perling. hehe

  2. assalamualaikum dek asid..

    kak eida jd minat nak kenal adek lebih dekat la.. mana tau kita leh jd close friend.. akak suka cara adek. so.. mcm mana dgn batu karang tu.. ada yg keluar tak.. ni mesti duka thn buang air ni.. mudah2an cepat la sembuh ye.. sure sakit kan. sama2 la kita b’doa supaya adek cepat sembuh.. so, dpt la adek jalani hidup sbg seorg isteri yg bahagia. anyway selamat menjalani ibadah pose. thn ni ada tinggal pose lom? akak lom lg. nanti kalo dtg johor jgn lupa inform ye.. leh kita jumpe.. so, ok ye.. ciumkan baby asy untuk akak ye..

    wassalamualaikum..

    kak eida

    JB with luv

  3. hehehehe…..seronok kan dpt blik kg…
    ima ni tgu setaun skali jela kot blik kg… itu pun kalo atuk,nenek x dtg kl.. kalo dorg dtg kl, xd la beraya kat kg… jd org bandor…
    huhuhu…

    insyaAlah, da pegi berubat+ninum air MANIS GILEERRR tu sembuh la sakit kak asid yek…

Leave a Reply to syaima Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *