Balik Kampung & Kenduri Kendara

Balik kampung. Kampung kesayangan aku Felda Kesidang Jengka 8. Kampung tempat di mana aku dibesarkan. Rasa rindu sangat dekat kampung aku ni, Alhamdulillah terlepas rindu sekejap balik dua hari tu. Tapi tak sempat hendak mendar mundir, jalan-jalan keliling kampung sebab sibuk dengan majlis kahwin sepupu aku, Atan (Zamzami). Anak Mak Andak aku dengan orang Jengka 8 jugak.

Balik hari Ahad. Sebab malamnya kenduri ada majlis Tahlil. Isninya pula baru kenduri si Atan tu.

As usual, bila kenduri Mak Andak aku ni… semua orang akan penat (namanya pun kenduri kahwin), cuma anak beranak diorang aje yang tak penat. Terutama anak perempuan dia. hmm dah masuk sesi mengata ni. Bukan mengata, hanya meluahkan perasaan dan keheranan aku yang dah memakan masa berbelas2 tahun. huhu

Masa kenduri keluarga diorang lah, diorang yang sibuk2 dan banyak kerja. Tapi boleh diorang tuh lepak2, senang lenang dekat rumah diorang (kenduri di rumah Mok Mek: Grandmother). Kalaulah rumah Mama aku dekat, sudah lama adik beradik duduk rumah aje. Time makan, tengahari, masa pengantin sampai barulah kitorang datang. Datang makan saja macam adik beradik diorang tu.

Ini tidak. Bukannya aku buat kerja banyak sangat pun, maklumlah ada baby dengan anak jantan yang tak mahu berenggang dengan Papa dia, tapi still lah buat kerja. Biasalah kenduri kan memang banyak kerja. Cuma kesian dekat Kak Na aku, Mak Su, Mak Jang dan sesiapa yang dekat rumah itulah.. mengemas, membasuh pinggan dan lain-lain lah. Kak Na aku pun ada anak kecik, boleh je buat kerj

Oleh kerana, aku geram. Niat pertamanya nak bergambar dengan pengantin tapi fikir2.. pengantin nak ke bergambar dengan aku??? hehe so aku tak bergambarlah dari awal sampai akhirnya. Nak bergambar dengan family aku pun tak ada…. tak larat dan lain-lain lah. Full stop!!! sebelum dosa aku bertambah lagi. Kuangxxx….

Petang, lepas majlis kenduri balik ke Chini. Hantar Mama, Adik dan Aboh. Kalau biar diorang naik bus, kesian nak usung ke sana ke mari Aboh tu susah. Sebab Aboh tak nampak (buta sebelah). Lagipun, orang zaman sekarang kurang berbahasa sikit. Mentang2 lah Aboh aku macam tuh, dibulinya orang OKU. huhuhu satu masa nanti, mereka pula di buli Allah S.W.T

Selesa. Hari ini.. nak sampai KL. Esok Papa ada kerja. 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *